Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan tidak lagi mahu memegang kerusi nombor 1 Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan akan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa pada 15 Oktober depan.

Sanusi telah menghantar surat perletakkan jawatannya kepada KFA dan berharap ia dipertimbangkan dan dipersetujui.

Tambah Sanusi, tarikh 15 Oktober dipilih untuk menyelaraskan sasaran beliau yang mahu menyelesaikan hutang melibatkan KFA.

“Saya sudah hantar surat hasrat untuk meletakkan jawatan KFA berkuat kuasa pada 15 Oktober kerana tarikh itu adalah tarikh akhir sasaran untuk menyelesaikan hutang hutang KFA yang lama.

“Dulu saya sebut 10.6 juta tetapi bila dikorek (dikira,  mencecah hampir 14 juta. Saya telah cari penaja dan rakan rakan yang sudi membantu KFA. Saya letakkan sasaran 15 Oktober tugas ini berakhir dan berikan kepada yang lebih layak.

JAWAPAN BERMULA DI MINIT KE 27.39

Bercakap ketika sidang media selepas Mesyuarat Mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Sanusi menegaskan beliau tetap dengan pendirian untuk melepaskan jawatannya andai KFA menolak hasratnya.

Sanusi menerima pelbagai kritikan susulan pemilihan nama baharu kelab dan logo KFA baru baru ini yang dianggap tidak relevan.

Dalam pada itu, Sanusi turut menjelaskan, proses pendaftaran pasukan Kedah juga telah lengkap sepenuhnya sekaligus layak beraksi di Liga Super musim depan.

Beliau juga berharap Kedah akan meraih tiga mata terakhir di Ipoh ketika menentang Perak dalam aksi terakhir Liga Super musim 2020 sekaligus memastikan slot untuk beraksi di kelayakan Piala AFC 2021.

 

- Advertisement -