Presiden Liga  Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan semua pertandingan bolasepak di seluruh Malaysia akan dihentikan berkuat kuasa minggu depan.

Ia susulan isu wabak coronavirus (Covid-19) yang sedang berlaku di Malaysia dan dilihat semakin serius.

Perbincangan dengan semua pihak termasuk pegawai pasukan, penaja dan lain lain pemegang taruh yang terlibat dalam Liga Malaysia telah bersetuju untuk meneruskan saingan yang akan berlangsung minggu ini, manakala perlawanan yang dijadual berlangsung pada Isnin, akan ditunda.

“Kesemua perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari ini sehingga Ahad akan diteruskan tetapi tanpa kehadiran penyokong

“Bermula pada Isnin minggu depan, semua pertandingan dibawah anjuran MFL, FAM dan semua badan gabungan akan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan,”

Selepas mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut  Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) perlawanan akan diadakan tanpa kehadiran penyokong atas faktor keselematan.

Prosedur Operasi Standard (SOP) akan dikeluarkan dalam masa terdekat melibatkan kesemua pasukan dan penonton.

Tambah Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), keputusan untuk meneruskan perlawanan yang dijadual berlangsung pada minggu ini mengambil kira persiapan pasukan pasukan yang terlibat yang sudah pun berada di venue lawan dan persiapan telahpun dijalankan.

Beliau juga mengharapkan perlawanan perlawanan lain seperti liga sosial turut mengikut arahan untuk menunda perlawanan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

“Dalam pada masa yang sama juga, tiada panggilan untuk pemain pemain bagi menjalani latihan pusat skuad kebangsaan memandangkan perlawanan antarabangsa (Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023) atau persahabatan antarabangsa telah pun ditunda,”katanya lagi.

- Advertisement -