20160402_150904

Oleh Ku Mohd Lufti

Kelab Ragbi Sevora muncul juara bagi final Cup selepas melakar kemenangan ke atas Kelab Ragbi Black Wolf 19 menerusi penentuan Drop Kick 1-0.

Kelebihan seakan akan memihak kepada Black Wolf apabila mendahului 19 – 14 selepas tamat separuh masa pertama.

Namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Sevora bermain lebih aggresif untuk mendahului pada satu ketika sebelum kedua dua pasukan terikat 26 sama.

Pemain SEVORA, Muhd Amirul Aiman Jefri Azhar dinobat selaku pemain terbaik kejohanan manakala Sharul Haikal Sharul Othman dan Muhd Fadhullah Rafiai masing masing menerima anugerah pemain Backline dan Forward terbaik.

Sementara itu dalam aksi final Plate, Kelab Ragbi XSSAAS JR nyata sukar untuk dicabar apabila muncul juara selepas menundukkan kelab Ragbi Red Eagle 33 – 5.

Babak pertama, kedua dua pasukan tampak berhempas pulas untuk mengatur gerakan ke kubu lawan dan hanya berjaya mendapatkan 1 try untuk kedudukan terikat 5 sama.

Namun babak kedua, XSSAAS JR tampak lebih garang apabila bijak mengatasi kubu pertahanan Red Eagle sekaligus meraih try dan conversion.

Red Eagle seakan akan tidak mampu untuk bertahan sekaligus akur tewas untuk memberikan trofi Plate kepada XSSAAS JR.

Kejohanan ini adalah yang pertama dijalankan diperingkat  daerah oleh Kelab Ragbi Shah Alam, SARC  dalam membangunkan sukan ragbi untuk menambahkan lagi minat terhadap sukan ragbi di Shah Alam.

- Advertisement -