podium.programme

Persatuan Badminton Malaysia BAM melihat isu melibatkan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang belum memutuskan untuk menyertai Program Podium adalah perkara kecil.

Setiausaha BAM , Ng Chin Chai, pemenang pingat perak bagi sukan Olimpik Beijing 2008 dan 2012 ini merupakan salah satu atlet berprofil tinggi yang disenaraikan dalam Program Podium.
Datuk Lee Chong Wei masih belum memutuskan samada mahu menyertai Program Podium atau sebaliknya susulan komitmennya dengan pihak penaja.
Selain datuk Lee Chong Wei, pemain badminton yang disenarai dalam Program Podium adalah bergu lelaki, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, bergu wanita Vivian Hoo Kah Mun , Won Khe Wei dan bergu campuran, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying.
‘ Datuk Lee Chong Wei sudah ada dan perlu menjaga penajanya. Kami mengadakan pertemuan minggu lalu, dan ini adalah isu yang kecil. Kami (BAM) percaya dia (datuk Lee Chong Wei) akan menyertai Program Podium. Itu berdasarkan perjumpaan dengan wakilnya, BAM dan Institut Sukan Negara, ISN.’ kata Ng Chin Chai. 
Tambahnya lagi, segalanya terserah kepada ISN dan KBS untuk membuat sebarang keputusan susulan andai Datuk Lee Chong Wei memutuskan untuk tidak menyertai Program Podium.
- Advertisement -