Kejohanan Golf Sime Darby LPGA 2016 - Shanshan Feng
“Ketika hujan, saya makan setiap berselang 30 minit atau kira kira empat kali sambil mengikuti perkembangan. Saya mahu pastikan tenaga saya ditahap terbaik sebelum turun beraksi.”, berkata Shanshan Feng.

Juara 2014, Shanshan Feng mendahului hari ketiga kejohanan Golf Sime Darby LPGA 2016 selepas tamat tiga daripada empat pusingan di Kelab Golf TPC, Bukit Kiara.

Saingan hari ketiga rancak disebelah pagi menyaksikan pertarungan sengit tiga penjuru, antara Shanshan Feng, Anna Nordqvist dan pendahulu hari pertama dan kedua, Amy Yang sebelum ditunda disebelah tengah hari akibat hujan lebat dan petir.

Permainan bagaimanapun disambung lewat petang dan diungguli Shanshan Feng yang berjaya melengkapkan 17 lubang sebelum permainan dihentikan pukul 7.08 petang. Pemain kelahiran China ini mencatat 7 dibawah par untuk catatan terkumpul 136 pukulan 13 dibawah par.

“Ketika hujan, saya makan setiap berselang 30 minit atau kira kira empat kali sambil mengikuti perkembangan. Saya mahu pastikan tenaga saya ditahap terbaik sebelum turun beraksi.

“Untuk esok, lubang ke 18 agak sukar dan saya perlu berhati hati, saya akan pastikan persiapan yang rapi awal pagi esok agar dapat terus bersedia untuk memulakan pusingan keempat selepas itu.” Kata Shanshan Feng.

Di belakang Feng adalah pemain kelahiran Sweden, Anna Nordqvist yang mengumpul 12 dibawah par keseluruhan.

Hari ketiga, Anna mencatat lima dibawah par selepas bermain 15 lubang di hari ketiga. Mengekori rapat, pendahulu hari pertama dan kedua, Amy Yang, ketinggalan dua pukulan dibelakang pendahulu.

Pemain pemain akan melengkapkan baki permainan hari ketiga seawall jam 7 pagi sebelum pusingan keempat bermula.

- Advertisement -