Oleh Ku Mohd Lufti

Kejuaraan Majlis Tinju Dunia (WBC) kategori ‘Light Heavyweight’ yang dimenangi petinju professional negara, Muhammad Farkhan Mohd Haron terpaksa di tarik semula selepas seorang lagi finalis dari Emiriyah Arab Bersatu, Sheikh Kaseba membuat bantahan.

Sheikh tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang dianggap tidak menepati undang undang yang ditetapkan.

Sheikh Kaseba dipukul sehingga jatuh, namun pukulan TKO (technical knockout) yang dikenakan oleh Farkhan adalah yang pertama, namun pengadil perlawanan menghentikan perlawanan sekaligus mengumumkan Farkhan sebagai juara tali pinggang light heavyweight.  

Keputusan itu jelas tidak disenangi pengurus Sheikh Kaseba, Shomari Ayoub yang membuat bantahan rasmi kepada pihak penganjur.

“Bagaimanapun, semasa TKO pertama, Kaseba dipukul dan jatuh. Dalam kes ini, pengadil sepatutnya mengira hingga 10, tetapi Kaseba melutut dan sedia untuk meneruskan perlawanan, tetapi pengadil tidak mengira dan hanya melambai untuk menghentikan perlawanan,” kata Shomari.

Pengarah Urusan Cartel International, Alexander Shah mengesahkan telah menerima permohonan untuk perlawanan ulangan diantara Farkhan dan Kaseba.

Malah beliau memutuskan untuk mengadakan perlawanan ulangan tersebut pada 25 Mac di pentas antarabangsa OCBC Square, Singapura ketika di Kejohanan WBC kategori Welterweight Silver Champion sebagai perlawanan undercard.

Muhammad Farkhan Mohd Haron merangkul kejuaraan kategori WBC Asia Light Heavyweight semalam selepas menumpaskan Sheikh Kaseba dengan pukulan TKO pada minit kedua pusingan keempat.

- Advertisement -