foto-BERNAMA

Kem boling padang hampir pasti menghadiahkan pingat perak untuk negara selepas mara ke final dalam acara berpasangan (dua orang) wanita .

Gandingan Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji turun berdepan pasangan dari Kanada, Leanne Chinery dan Kelly McKerihen.

Malaysia hanya terlepas mata di end 1 dan bangkit dengan mata untuk meninggalkan lawan sehingga ke ends 17.

Chinery dan Kelly ternyata sukar untuk menandingi gandingan Zalina dan Emma apabila menutup saingan separuh akhir dengan kemenangan mutlak 15-8 sekaligus mengesahkan slot ke final.

Siti Zalina dan Emma Firyana bagaimanapun berdepan tukar sukar apabila dijadual berdepan juara bertahan empat tahun lalu, Nicolene Neal dan Colleen Piketh dari Afrika Selatan yang menewaskan pasangan dari Scotland, Lesley Doig, Claire Johnston 18-10. – OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -