MELAKA 5 Jun --Pemain dan pegawai pasukan bolasepak Thailand menjulang Piala Nations 2016 selepas mengalahkan Malaysia 2-1 pada perlawanan akhir Piala Nations bawah 21 tahun di Stadium Hang Jebat malam ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***
MELAKA 5 Jun –Pemain dan pegawai pasukan bolasepak Thailand menjulang Piala Nations 2016 selepas mengalahkan Malaysia 2-1 pada perlawanan akhir Piala Nations bawah 21 tahun di Stadium Hang Jebat malam ini.
–fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***

Oleh Ku Mohd Lufti

Impian Skuad bawah 21 Tahun Malaysia untuk merangkul trofi Piala Negara Negara 2016 dilaman sendiri tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Skuad bawah 21 tahun Thailand.

Aksi anak didik Frank Bernhardt nyata hambar dalam tempoh 30 minit pertama apabila dikejutkan dengan gol pembukaan oleh Thailand seawal minit ke 3.

Sepakan percuma Suradet Klankham terkena tiang gol sekaligus mengelirukan penjaga gol Malaysia Amierul Hakimi Awang, pemain pertahanan Thailand Worawut Namvech berada dikedudukan tepat untuk tolakan mudah sekaligus meletakkan pasukan kendalian Worrawoot Srimaka mendahului 1-0.

Minit ke 35, semangat pemain pemain negara seakan akan kembali apabila hantaran jauh Muhd Safawi Rasid tepat ke Nur Syamie Iszuan Amin yang tidak dikawal sebelum melepaskan rembatan leret untuk mengikat kedudukan satu sama.

Thailand hampir berpeluang untuk kembali didepan diminit ke 50 namun, percubaan Nattawut Sombatyotha di dalam kotak penalti sekadar melewati palang gol.

Skuad Gajah Perang terus mendominasi permainan memaksa kapten Malaysia Mohd Faris Shah Mohd Rosli dan Mohd Adib Zainuddin bekerja keras untuk menafikan percubaan lawan.

Thailand akhirnya berjaya merobohkan kubu skuad kendalian Frank Bernhardt menerusi penyerang tinggi lampai, Chenrop Samphaodi di minit ke 79 untuk meletakkan pelawat kembali didepan 2-1.

Kehadiran hampir tiga ribu penonton untuk memberi suntikan semangat kepada pemain Malaysia tampak tidak berhasil apabila setiap percubaan ke kubu Thailand gagal menemui penyudah kemas.

Kedudukan tersebut kekal hingga tamat perlawanan sekaligus menobatkan skuad bawah 21 tahun Thailand juara Piala Negara Negara 2016.

- Advertisement -