
Hari kesembilan saingan Deaflympics Tokyo 2025 menyaksikan detik bercampur-baur buat kontinjen Malaysia â satu episod penuh kekecewaan buat pasukan boling lelaki berpasukan yang kehilangan peluang memburu emas akibat isu pengangkutan, disusuli sinar kejayaan apabila kuartet 4×100 meter negara mencipta rekod kebangsaan baharu.
Kempen pasukan boling lelaki Malaysia nyata terencat apabila kekeliruan teknikal pengangkutan menyebabkan pemain negara tiba agak lewat di venue, Higashiyamato Grand Bowl.
Menginap di Keio Presso Inn Shinjuku, perjalanan sejauh 37km yang lazimnya mengambil kira-kira 90 minit terganggu oleh kekeliruan jadual bas pihak penganjur yang menyaksikan barisan pemain negara â
Mohd Firdaus Mohamad, Syabil Azam Syamsul Azam, Ho Choon Seong dan Mohd Zaidi Awang â terpaksa terus beraksi tanpa sesi memanas badan yang menjejaskan fokus serta momentum mereka.
Tanpa persediaan rapi, pasukan gagal melepasi pusingan pertama â satu tamparan hebat memandangkan skuad ini merupakan prospek terbaik pingat emas.
Jurulatih Joe Tey nyata kecewa. âIni pasukan yang benar-benar berpeluang menang emas. Ia peluang emas yang hilang begitu sahaja.â
Malaysia kini menaruh harapan pada acara berpasukan wanita dan pasukan campuran, yang perlu menghasilkan keputusan positif untuk menepati sasaran keseluruhan skuad boling.
Selepas sembilan hari saingan, Malaysia mencatat 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa.
Skuad badminton negara pula, memastikan rentak kemenangan apabila membuka kempen acara berpasukan dengan dua kemenangan meyakinkan, masing-masing 5â0 ke atas Brazil dan Kanada.
Selepas hari rehat semalam, pemain turun dengan lebih segar dan memastikan tiada kejutan berlaku di gelanggang.
Jurulatih negara Sabrina Chong berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya: âHari ini keputusan yang baik. Selepas berehat semalam, pemain turun dengan bertenaga dan melakukan apa yang perlu. Cabaran sebenar menanti apabila bertemu Lithuania esok.â
Malaysia akan menentang Lithuania dalam aksi terakhir kumpulan dan dijangka bertemu China pada peringkat suku akhir.
Di Stadium Taman Sukan Komazawa, kuartet 4x100m lelaki negara â
Muhammad Shahrul Azmer Azman, Muhammad Zamir Azman, Muhammad Zumar dan Hazrul Shah Hamriâ gagal mara melepasi pusingan pertama, namun berjaya mencatat rekod kebangsaan baharu.
Catatan masa 44.32s mengatasi rekod lama 44.36s yang dilakukan pada Sukan SEA Pekak 2025 di Jakarta.
Walaupun tidak layak ke peringkat seterusnya, semangat juang mereka tetap dipuji.
âPersaingan di sini sangat hebat, semua pelari terbaik dunia berkumpul. Kami sudah lakukan yang terbaik,â kata Shahrul Azmer.




























