Skuad Hoki Lelaki Lima Sebelah (5s) menyumbang pingat emas pertama untuk Malaysia pada Sukan SEA ke-33 apabila mengalahkan Indonesia 7-3 pada perlawanan akhir di Stadium Tentera Udara Diraja Thai (RTAF).

Hoki 5s membuat penampilan sulungnya di acara sukan dwitahunan itu.

Pada penghujung suku pertama, Malaysia mendahului 3-0 menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esook (minit ketujuh), Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee (kelapan) dan Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran (minit ke-14).

Skuad negara menambah empat lagi gol pada separuh masa kedua – Akhimullah (minit ke-17 dan 29) untuk melengkapkan hatriknya, Muhammad Abid (ke-22), dan Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini pada minit terakhir permainan.

Gol Indonesia dijaringkan oleh Mochamad Fathur (minit ke-19) dan dua gol daripada Alfandy Prastyo (minit ke-24 dan ke-25).

Dalam pada itu, pasukan hoki wanita 5s terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 7-1 kepada tuan rumah Thailand pada perlawanan akhir.

- Advertisement -