Perseorangan wanita negara, Soniia Cheah menepati ramalan untuk menaiki podium selaku juara Jemputan BAM 2020 selepas menundukkan Eoon Qi Xuan straight set 21-16, 25-23 dalam masa 42 minit.

Ukiran senyuman ketika dipodium menyembunyikan kesakitan yang dialami Soniia sepanjang pertandingan terutama ketika di set kedua apabila dipaksa beraksi sehingga ke mata penentuan.

“Saya takut untuk bermain sehingga ke set penentuan kerana kesakitan di buku lali semakin kuat. Tetapi saya tetap tenang   dan gembira berjaya mengharungi perlawanan ini dan permainan saya juga baik.

“Tidak terfikir pun dalam diri saya untuk menarik diri meskipun cedera,”kata Soniia.

Turun selepas itu adalah final melibatkan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Pearly Tan-M Thinaah bagi aksi bergu wanita.

Ternyata Mei Kuan dan Meng Yean sukar untuk digugat Pearly dan Thinaah yang bergelut sepanjang perlawanan.

Chow Mei Kuan_Lee Meng Yean melangkah keluar dari gelanggang selaku juara selepas mengesahkan kemenangan straight set 21-14, 21-17.

“kami menjangkakan permainan yang lebih sukar seperti ketika di pusingan round robin kami bermain sehingga tiga set.

“Kejohanan ini baik untuk kami untuk memberikan semula suasana seperti dikejohanan. Kami berterima kasih kepada BAM diatas penganjuran kejohanan ini,” kata Mei Kuan.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN

PERSEORANGAN WANITA 

Soniia Cheah lwn Eoon Qi Xuan (21-16,25-23)

 

BERGU WANITA

Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean lwn Pearly Tan Koong Le-M Thinaah (21-14,21-17)

- Advertisement -