football

Oleh Ku Mohd Lufti

Jaringan tunggal pemain yang beraksi di posisi penyerang Zafuan Azeman di babak kedua perlawanan sudah cukup untuk memberikan sedikit kelebihan buat Sekolah Sukan Bukit Jalil Bawah 17 Tahun untuk melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor dalam saingan akhir Piala Belia.

Perlawanan akhir pertama yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang berlangsung seimbang dimana kedua dua pasukan saling berbalas serangan untuk memburu jaringan.

Selangor yang juga juara dua kali gagal menembusi kubu pertahanan SSBJ B 17 sepanjang perlawanan, sebaliknya menerima tekanan apabila Zafuan memecah kebuntuan di  minit ke 69 untuk memberikan kemenangan ke atas pasukan kendalian Redzuan Abdullah.

Aksi final kedua diantara Selangor dan SSBJ B17 akan berlangsung pada 23 Oktober di Stadium Arena, Universiti Malaysia.

Bagi Redzuan Abdullah, masih banyak lagi tugas yang perlu dilakukan sebelum turun ke perlawanan timbale balik akhir di UM nanti.

“Kami memanfaatkan peluang dengan baik berbanding pasukan lawan yang lebih mendominasi perlawanan.

“Pemain pemain masih perlu banyak mempelajari kesilapan mereka dan kami pastinya akan bermain habis habisan di aksi kedua nanti,” kata Redzuan.

- Advertisement -