Status pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) 2019 dijangka akan diketahui, Rabu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam berkata rayuan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) itu yang diterima pada 19 Dis tahun lepas perlu mengikut prosedur menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Menurut beliau, surat rayuan oleh PBNP yang bertarikh 27 Nov 2018 tersebut perlu diperhalusi sebaik-baiknya sebelum sebarang keputusan dibuat.

ā€œSebenarnya mengikut peraturan sedia ada, mana-mana pemain naturalisasi hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan selepas lima tahun mendapat taraf kerakyatan.

ā€œTetapi kami memberi pertimbangan sewajarnya untuk memendekkan tempoh itu kepada setahun daripada tarikh permohonan pendaftaran Pahang pada 2 Mac tahun lalu atas beberapa aspek termasuk Sumareh sudah bermaustatin di negara ini sejak berusia 12 tahun,ā€ katanya dalam kenyataan MFL hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata tidak timbul isu MFL sengaja melengahkan pendaftaran Sumareh memandangkan PBNP membuat rayuan hanya selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan pada Oktober tahun lalu untuk membenarkan Sumareh didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Mei ini.

PBNP sebelum ini menghantar rayuan terbaharu kepada MFL untuk mempercepatkan pendaftaran Sumareh, pemain naturalisasi pertama negara kelahiran Gambia pada jendela perpindahan pertama 20 Feb ini.

Dalam pada itu, Kevin menegaskan pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kelonggaran dalam pendaftaran pemain naturalisasi bagi menjaga kepentingan pemain tempatan pada masa depan.

ā€œDalam peraturan sudah ditetapkan lima tahun untuk tempoh pendaftaran pemain naturalisasi dalam Liga-M jadi kita perlu mengikut peraturan ini tetapi dalam kes Sumareh kita beri sedikit keistimewaan atas beberapa faktor.

ā€œTetapi kita mahu memberi penegasan bahawa kita tidak boleh terus beri kelonggaran selepas ini kerana kita tidak mahu jika ada lagi pemain naturalisasi dibawa masuk, akan terus didaftarkan sebagai pemain tempatan dan akhirnya akan memberi kesan kepada perkembangan pemain tempatan,ā€ katanya.

— BERNAMA

- Advertisement -