Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahka Stadium Shah Alam masih belum bersedia untuk digunakan bagi perlawanan Liga Malaysia.

Kenyataan media oleh MFL hari ini menjelaskan, bumbung di Stadium Shah Alam yang menjadi gekanggang keramat pasukan Selangor masih tidak selamat selepas pemeriksaan ketiga diadakan pada Jumaat.

Justeru, Selangor diberikan tempoh sehingga esok untuk menamakan gelanggang alternatif bagi mengharungi saingan Liga Super 2020.

Malah, satu lagi venue yang berdekatan dengan Stadium Shah Alam, iaitu Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) yang sepatutnya dijadikan sebagai venue tuan rumah bagi Petaling Jaya City FC juga tidak boleh digunakan buat masa ini kerana dalam proses menaik taraf.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Kelab Bola Sepak PJ City dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) masing-masing pada Rabu dan Jumaat lalu.

Dua pemeriksaan keselamatan yang dijalankan di Stadium Shah Alam adalah pada 10 Januari dan 21 Februari.

“Pihak MFL telah memutuskan bahawa stadium itu tidak boleh digunakan sehingga proses baik pulih bumbung siap sepenuhnya berserta jaminan keselamatan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Darul Ehsan Facilitates Management Sdn Bhd (DEFM).

“Pemakluman secara drastik ini dibuat setelah mengambil kira aspek-aspek persiapan dan keselamatan pasukan pelawat, penyokong, penyiaran siaran langsung, media dan komersial,” katanya menerusi kenyataan.

Mengikut jadual saingan Liga Super, Selangor kendalian B. Sathianathan akan melayan kunjungan Perak pada Sabtu.

Manakala Stadium MBPJ sedang menjalani proses naik taraf di bahagian biik persalinan dan keadaang padang yang tidak bersedia sepenuhnya.

 

 

- Advertisement -