Kira kira dua minggu menghampiri pembukaan rasmi temasya sukan dwi tahunan, Sukan SEA ke 29, skuad hoki ais Malaysia tidak mahu terlepas untuk melakar nama sebagai negara pertama meraih emas di sukan yang pertama kali diperkenalkan dalam Sukan SEA.

Menurut pengurus pasukannya, Ir. Noor Hisham Yahaya, rata rata pemain yang  akan bertanding untuk acara hoki ais berumur di antara 16 hingga 37 tahun ini diharap dapat menghabiskan kudrat mereka untuk merealisasikan misi peraih emas. 

Selain kerja keras daripada barisan kejurulatihan dan atlet, Hisham juga mengharapkan sokongan daripada penduduk tempatan untuk memberi sokongan moral.

“Sebelum ini, atlet sukan hoki ais telah menjalani latihan 3 kali seminggu”.

“Tetapi apabila masuk fasa kedua iaitu dari Oktober hingga menjelangnya sukan SEA 2017, mereka telah menjalani latihan lima kali seminggu.

“Saya benar-benar berharap  orang ramai dapat sama-sama memberikan sokongan padu kepada atlet hoki ais negara”, katanya lagi ketika siding media Program Kita Juara 2017 yang diadakan di Majlis Sukan Negara tengahari tadi. 

Dalam pada itu, Jurulatih pasukan hoki ais negara, Kristov Kovago menegaskan bahawa semua atlet di bawah pimpinannya telah melakukan persiapan daripada aspek segi mental dan fizikal, malah Berjaya memperlihatkan peningkatan ketika sesi latihan.

“Atlet hoki ais negara juga telah mengekalkan  mutu permainan dan sedang berada di tangga ke tiga antara negara lain”, katanya. 

Atlet hoki ais negara, Moi Jia Yung dan Tengku Muhammad Azlly Tengku Abdillah, juga meluahkan keyakinannya untuk menaiki podium selaku pemenang pingat emas selepas berlatih untuk menjadi yang terbaik sejak tahun lalu.

“Saya yakin dan percaya kami mampu    bersaing dengan pasukan negara lain untuk memburu pingat emas dalam sukan hoki ais di Sukan SEA Ogos ini”, kata Azlly.

Acara hoki ais dijadual membuka tirai bermula 20 hingg 24 Ogos di Empire City, Damansara dan menawarkan satu pingat emas.

Sebagai persiapan terakhir, skuad hoki ais negara telah menjalani lima perlawanan persahabatan dengan pasukan Taiwan, bermula pada 3 Julai lalu, namun tewas dalam kesemua perlawanan. – OLEH NORIZAN MAMAT

- Advertisement -