Temasya Sukan Komanwel 2022 yang akan berlangsung di Birmingham ditunda sehari dan akan berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos.

Keputusan penundaan temasya edisi ke 22 itu dibuat selepas mendapat kelulusan daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) serta penganjur Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Ia dilakukan susulan kesan signifikan terhadap kalendar sukan antarabangsa susulan wabak COVID-19 yang memberi kesan secara global sekaligus menyaksikan kejohanan besar berdepan penangguhan serta pembatalan.

CGF dan penganjur berkata perubahan itu memastikan Birmingham 2022 berlangsung selama dua minggu serta memberi peluang kepada atlet untuk berehat dan menjalani sesi pemulihan selepas mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Dunia.

Malah penganjur mahu mengelak pertindihan dengan aksi separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Wanita UEFA, sekaligus membantu mempromosi profil sukan wanita.

 

- Advertisement -