Masa depan pasukan petanque negara ke Sukan SEA 2019 yang akan berlangsung di Filipina hujung tahun ini menjadi tanda tanya selepas Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak membenarkan Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) menyertai mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA yang berlangsung hari ini

Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib menjelaskan, MOM akan mengadakan pertemuan khas dengan PPM berhubung status penglibatan mereka di temasya Sukan SEA 2019.

Persekutuan Petanque Malaysia berdepan laluan berliku selepas badan induk antarabangsa sukan itu, Persekutuan Petanque Antarabangsa menggantung PPM kerana gagal mengikuti peraturan yang telah ditetapkan selain masalah kewangan dan kurang penglibatan di pentas antarabangsa.

- Advertisement -