Sukma XVII Perlis 2014 - Kontijen Terengganu - Kenu

Sukma XVII Perlis 2014 - Kontijen Terengganu - Kenu

Sukma XVII Perlis 2014 LogoTerengganu meneruskan penguasaan hari kedua acara Kanu SUKMA XVII dengan meraih empat lagi pingat emas dalam acara perseorangan (K1) 500m wanita, berpasangan (K2) 500m lelaki dan wanita serta kuartet (K4) 500m wanita di Tasik Timah Tasoh di sini.
Emas dua lagi acara, K1 500m dan K4 500m lelaki menjadi milik Wilayah Persekutuan.

Seperti dijangkakan, kutipan emas Terengganu dimulakan oleh Noor Azita Ibrahim menerusi acara K1 500m wanita dengan catatan 2:40.39s, diikuti Norfatinah a/k Olleh (2:44.54s) dari Pahang meraih perak manakala. peserta Wilayah Persekutuan, Aimi ‘Ayuni Azman (2:44.88s) memperoleh gangsa.

Namun, emas K1 500m lelaki menjadi milik atlit Wilayah Persekutuan Mohd. Khirulniza Salleh (2:00.07s) manakala Muhammad Ashraf Naim Mat Azan (2:01.53s) dari Terengganu sekadar berpuas hati mendapat perak dan peserta tuan rumah, Perlis, Ku Azalan Ku Ismail (2:04.54s) mengutip gangsa.

Malah, Mohd. Khirulniza sekali lagi membuktikan kecemerlangannya, bukan sekadar meraih sebutir lagi emas bersama gandingan Amirul Azfar Azwan, Muhammad Fadhlul Hadi Mohd. Razit dan Muhammad Uwais Zainal Abidin dalam acara K4 500m lelaki malah memecah rekod kebangsaan dengan catatan 1:36.58s.

Kuatet tersebut mengatasi rekod kebangsaan 1:37.100s yang dicatat pada 1999 dan juga rekod SUKMA 1:37.830s milik kuartet Terengganu pada 2010.

Satu lagi rekod kebangsaan dicatat kuatet emas Terengganu, Akmal Idayu Mat Razit, Fatin Ajeerah Wahab, Noor Azira dan Noor Azita Ibrahim dalam K4 500m wanita dengan mencatat 1:59.12s mengatasi rekod kebangsaan 2:00.420s (1997) dan rekod SUKMA ,2:1.310s (2010).

Dua lagi rekod SUKMA dicatat oleh pemenang emas dari Terengganu Ahmad Shafiq Moha dan Muhammad Syukri Hamzah bagi acara K2 500m lelaki serta rakan senegeri, Akmal Idayu dan Noor Azira bagi K2 500 wanita.

Ahmad Shafiq dan Muhammad Syukri mencatat 1:44.84 berbanding catatan 1:46.336s pada 2008, Akmal Idayu dan Noor Azira pula mencatat 2:09.78s untuk mengatasi catatan SUKMA 2011 iaitu 2:11.460s.

Dengan itu, Terengganu terus menguasai acara Kanu dengan keseluruhan mengutip sembilan emas termasuk saingan hari pertama.
Sukma XVII Perlis 2014 - Kontijen Terengganu - Kenu

Sukma XVII Perlis 2014 - Kontijen Terengganu - Kenu

- Advertisement -