2016 Nations Cup Malaysia logoOleh Ku Mohd Lufti

Aksi dramatik ditonjolkan pasukan bawah 21 tahun Vietnam dalam pelawanan penentuan tempat ketiga dan keempat apabila berjaya menewaskan skuad bawah 21 tahun Singapura menerusi penentuan penalti 5-4.

Meskipun ketinggalan dua gol, ternyata semangat juang anak didik Hoang Anh Tuan tidak pernah luntur untuk mengikat kedudukan dua sama sehingga wisel penamat dibunyikan.

Perlawanan bagaimanapun berlangsung hambar diawal saingan, tidak banyak percubaan dilakukan kedua dua pasukan.

Singapura terlebih dahulu memecah kebuntuan ketika perlawanan berbaki empat minit sebelum tamat babak pertama menerusi tandukan Adam Swandi untuk mendahului 1-0.

Richard Tardy semakin gembira apabila kedudukan berubah menjadi 2-0, kali ini giliran pemain gantian, Muhd Zulfadhmi Suzliman melakar nama selaku penjaring hasil penalti di minit ke 51.

Semangat juang anak didik Hoang Anh Tuan mula membara selepas Huynh Tan Sinh merapatkan jurang gol 1-2 empat minit kemudian, juga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Huynh Tan Sinh.

Singapura yang mula melengah lengahkan permainan ketika perlawanan memasuki masa tambahan dihukum oleh Ha Duc Chinh yang menyumbat gol penyamaan selepas bijak menyambar hantaran silang Ho Tan Tai memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Penjaga gol Vietnam, Do Sy Huy muncul wira pasukan apabila menafikan sepakan kapten Singapura, Ammirul Emmran Mazlan dan Muhd Shahrin Saberin, sekaligus memastikan pasukannya pulang dengan status pemenang tempat ketiga.

- Advertisement -