Pusingan kedua kejohanan badminton Yonex Terbuka Thailand menyaksikan enam wakil negara mengesahkan slot ke peringkat suku akhir selepas mengatasi lawan masing masing di pusingan kedua hari ini.

Impact Arena memperlihatkan aksi cemerlang dua bergu muda negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Pearly Tan-M Thinaah.

Sze Fei dan Izzuddin melakar kemenangan ke atas gandingan dari Denmark, Mathias Christiansen – Niclas Nohr dengan kemenangan straight set 21-19, 21-10.

Bergu lelaki negara yang menduduki ranking ke 19 dunia ini akan menentang bergu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong di peringkat suku akhir esok.

V Shem-Wee Kiong mengesahkan slot lapan terbaik selepas melakar kemenangan straight set 21-11, 21-19 ke atas pasangan dari England, Ben Lane – Sean Vendy.

Turut mara, satu lagi bergu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee yii yang turut melakar kemenangan straight set ke atas adik beradik, Phillip Chew – Ryan Chew 21-12, 21-7 dari Amerika Syarikat.

Bergu muda wanita negara, Pearly Tan – M Thinaah turut mempamer aksi yang mantap untuk mengesahkan slot ke suku akhir selepas menundukkan pasangan dari Denmark, Alexandra Bøje – Mette Poulsen straight set 22-20, 21-14.

Mereka akan turun menentang pilihan kelima kejohanan, Greysia Polii-Apriyani Rahayu.

Bergu campuran menyaksikan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menepati ramalan apabila mengesahkan slot ke suku akhir selepas menang ke atas bergu dari Belanda, Robin Tabeling – Selena Piek 21-18, 21-13.

Wakil tunggal perseorangan negara, Lee Zii Jia melangkah ke suku akhir selepas lawannya K Srikanth menarik diri susulan kecederaan.

Dalam pada itu, Liew Daren gagal melangkah ke suku akhir selepas kecundang di tangan wakil Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 14-21, 17-21.

Dua bergu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut gagal meneruskan cabaran apabila tewas di pusingan kedua.

Soon Huat dan Shevon tewas kepada pilihan pertama yang juga wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh – Sapsiree Taerattanachai 22-20, 18-21, 12-21 mankala Kian Meng-Pei Jing kecundang kepada wakil Perancis Thom Gicquel – Delphine Delrue 16-21, 15-21.

Bergu wanita negara, Vivian Hoo – Yap Cheng Wen dan Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean turut mengalami kekalahan.

Vivian dan Cheng Wen tewas kepada 14-21, 14-21 ke atas pilihan ketiga dari Korea Selatan Lee So Hee – Shin Seung Chann manakala Mei Kuan-Meng Yean ditunjukkan jalan keluar oleh pilihan keenam juga dari Korea Selatan, Chang Ye Na – Kim Hye Rin 20-22, 21-19, 11-21.

- Advertisement -