Pemain bergu campuran negara, Chan Peng Soon mengumumkan persaraannya daripada arena badminton.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial Instagram nya dimana Peng Soon yang juga pemenang pingat perak sukan Olimpik Rio 2016 meluahkan rasa berat untuk membuat keputusan untuk mengumumkan persaraan.

Peng Soon mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan, Goh Liu Ying yang bersamanya sepanjang 13 tahun bergandingan di atas kenangan manis dan pahit yang telah diharungi sepanjang bergelar pemain badminton.

Bergu negara ini pernah menghuni ranking ketiga dunia pada penghujung 2012 dan kini berada di tangga kelapan dunia.

Pengumuman ini sekaligus Peng Soon dan Liu Ying tidak akan beraksi di kejohanan terakhir dalam kalendar BWF, Kejuaraan Dunia yang akan berlangsung di Huelva, Sepanyol.

Trofi pertama Peng Soon sebagai pemain pada Julai 2009 ketika di Thailand Open dimana beliau ketika itu beraksi bersama sama Lim Khim Wah, menundukkan gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah.

2016 menjadi detik paling bersejarah buat Peng Soon – Liu Ying apabila melangkah ke pentas final Sukan Olimpik Rio 2016 selepas menundukkan gandingan China, Xu Chen-Ma Jin.

Hasrat untuk menamatkan kemarau penantian pingat emas pertama dari Sukan Olimpik bagaimanapun tidak kesampaian apabila tumpad di tangan pasangan dari Indonesia, Tontowi Ahmad – Liliyana Natsir namun masih mampu untuk tersenyum selepas menaiki podium selaku pemenang pingat perak.

Chan Peng Soon turut membantu Malaysia muncul naib juara dalam saingan Piala Thomas pada 2014 di New Delhi ketika itu.

  

 

- Advertisement -