Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain bergu wanita, Chow Mei Kuan telah menghantar surat perletakkan jawatan sebagai pemain badminton dibawah naungan persatuan itu.

BAM menerusi kenyataan media hari ini, Mei Kuan akan meninggalkan badan induk badminton negara berkuat kuasa pada 15 September 2021.

“Meskipun telah berusaha untuk memujuk pemain berusia 26 tahun itu untuk kekal, Mei Kuan telah memutuskan untuk bersara daripada sukan badminton,”.

BAM mengucapkan terima kasih kepada Chow Mei Kuan diatas sumbangan dan jasanya kepada pasukan kebangsaan dan mengucap selamat maju jaya kepada beliau.

Mei Kuan bergandingan dengan Lee Meng Yean di Olimpik Tokyo 2020 dimana mereka menamatkan saingan peringkat kumpulan A dengan satu kemenangan dan dua kekalahan sekaligus gagal mara ke peringkat kalah mati.

Antara pencapaian terbaik Chow Mei Kuan muncul pemenang pingat emas di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia bersama sama Vivian Hoo selepas menundukkan wakil England, Lauren Smith – Sarah Walker.

- Advertisement -