Pemangku ketua jurulatih Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil berharap dua pemain utama yang mengalami demam berpanjangan akan segera sembuh untuk diturunkan menjelang aksi Liga Super menentang Selangor FC, Sabtu ini.

Muhammad Firdaus Saiyadi dan Rafiuddin Roddin antara pemain yang masih lagi belum sembuh sepenuhnya daripada demam yang dialami sejak beberapa hari lalu menyaksikan Shahril terpaksa bersedia dengan sedikit rombakan untuk berdepan Selangor nanti.

Meskipun hanya demam biasa, tetapi beliau tetap bimbang keadaan itu akan sedikit sebanyak menjejaskan perancangan pasukan apatah lagi menentang Selangor pastinya bukan mudah.

ā€œSatu tamparan juga sebenarnya sebab kita ada beberapa pemain yang masih mengalami demam yang berlarutan, kadang-kadang ada sampai tiga hari, lima atau ke enam hari, jadi agak merisaukan.

ā€œJadi, saya harap mereka akan pulih seperti sediakala sebab apabila mereka demam, kita terus lakukan Swab Test (Ujian Calitan), dan kalau berlarutan lagi, memang kita akan terus lakukan ujian.

ā€œTetapi, saya percaya mereka akan sempat untuk bersedia beraksi menentang Selangor nanti sebab kita tahu mereka bukanlah calang-calang pasukan.

ā€œPemain seperti Ifedayo Omosuyi akan sentiasa menjadi ancaman kepada kami, tetapi saya katakan kepada pemain untuk tidak berputus asa dan cuba juga mencuri mata dalam aksi pada Sabtu ini,ā€ jelasnya.

Bercakap mengenai tugas berat yang dipikul menggantikan ketua jurulatih, Chong Yee Fatt pada baki saingan musim ini, Shahril menganggap ia sebagai satu proses pembelajaran untuknya cuba membawa pasukan ini ke tahap yang lebih baik.

ā€œSaya tahu tugas ini bukan mudah, apatah lagi mengambil alih pasukan dalam keadaan pasukan sedang bergelut, tetapi saya anggap ini sebagai satu proses pembelajaran.

ā€œCuma, walaupun ia proses pembelajaran untuk saya, bukan bermakna kalau pasukan ini tewas ke, saya akan gunakan alasan itu sebab macam-macam mana sekalipun, saya akan cuba sedaya yang mungkin untuk cuba memperbaiki prestasi pasukan iniā€, tambahnya.

Perak FC ketika ini masih kemarau kemenangan sejak enam perlawanan lalu untuk mereka kini berada di tangga ke-11 Liga Super dengan hanya 13 mata setakat ini.

- Advertisement -