goh-soon-huat
Goh Soon Huat naik ke No. 47 dunia

Oleh Ku Mohd Lufti

Senarai baru kedudukan ranking pemain perseorangan dan beregu yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia, (BWF) menyaksikan tiada perubahan dalam kedudukan pemain pemain utama negara.

Datuk Lee Chong Wei masih kekal dengan status sebagai pemain nombor satu dunia manakala dua seteru utamanya dari China, Chen Long dan Lin Dan turut mengekalkan kedudukan selaku pemain nombor dua dan tiga dunia.

Namun dua pemain perseorangan, Zulfadli Zulkifli dan Goh Soon Huat masing masing memperbaiki kedudukan.

Zulfadli naik satu anak tangga ke kedudukan 35 dengan kutipan 34 826 manakala Goh Soon Huat juga naik satu anak tangga ke kedudukan ke 47 dunia dengan 27 126 mata.

Manakala pemain perseorangan wanita yang sedang meningkat naik, Goh Jin Wei turut memperbaiki kedudukan, menghuni tangga ke 50 dunia.

Beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengumpul 58 197 mata untuk menghuni tangga ke 12 dunia, memperbaiki kedudukan berbanding di ranking ke 13 dunia sebelum ini.

- Advertisement -