chow-mei-kuan-lee-meng-yean

Oleh Ku Mohd Lufti

Perjuangan pemain pemain negara di Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau selepas tiga bergu negara gagal melakar kemenangan di peringkat separuh akhir.

Pilihan kedua dalam acara bergu wanita, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei, dikejutkan dengan kekalahan kepada  gandingan Indonesia, Anggia Shitta Awanda-Mahadewi Istirani Ni Ketut dalam pertarungan tiga set  21-13, 19-21, 10-21.

Turut mengikuti jejak Vivian dan Khe Wei, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang tumpas kepada pilihan pertama dari China, Chen Qingchen-Jia Yifan straight set 15-21, 9-21.

Dalam pada itu, pasangan beregu campuran kedua Malaysia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang merupakan pilihan ketiga, juga menerima tamparan hebat apabila tewas juga dengan keputusan straight set  15-21, 28-30 kepada pilihan ketujuh, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong.

- Advertisement -