Kejohanan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2022 bakal membuka tirai secara rasmi bermula 13 Julai hingga 28 Ogos 2022 dengan 29 pasukan lelaki dan 15 pasukan perempuan akan merebut kejuaraan yang dipertaruhkan bagi musim ini.

Berbanding musim lalu yang menjadikan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil selaku venue tunggal kejohanan, musim 2022 setiap pasukan akan kembali beraksi secara timbal balik di semua stadium hoki di seluruh Malaysia.

Bagi Kategori Lelaki Divisyen Satu, penyertaan daripada dua pasukan yang muncul selaku Juara dan Naib Juara Divisyen dua (2021) iaitu MSNS/ SHA Sabah dan Kedah Eagle Jr menjadikan keseluruhan pasukan yang bersaing pada musim 2022 sebanyak sembilan pasukan sementara 20 pasukan akan bersaing di saingan Divisyen Dua.

Edisi tahun lalu menyaksikan tiada kategori perempuan dipertandingkan dan untuk musim 2022, 15 pasukan perempuan akan berentap bagi merebut kejuaraan. Pasukan-pasukan tersebut telah dibahagikan kepada dua Kumpulan dengan Kumpulan A menampilkan lapan pasukan sementara Kumpulan B dibarisi oleh tujuh pasukan.

Dalam satu sidang media yang berlangsung hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu turut memperkenalkan En. A. Balakrishnan selaku Pengarah Kejohanan dan akan dibantu oleh tiga Penolong Pengarah Kejohanan iaitu Dr. Mohd Fakhrul Anwar, Puan Gayathri Baskaran dan En. Jagjeet Singh.

“Untuk pertama kalinya, KHM menerima penyertaan daripada 44 pasukan dan ini juga mungkin didorong oleh faktor penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 selain Malaysia merupakan tuan rumah kepada Hoki Piala Dunia Remaja 2023.

“Ini merupakan satu petanda yang cukup baik dan saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan kali ini.

“Hoki Malaysia hari ini telah sampai di satu tahap yang cukup memberangsangkan dan saya berharap lebih ramai pemain muda akan tampil kehadapan, pasukan-pasukan akan menghantar penyertaan pada masa akan datang agar Malaysia dapat memiliki lebih ramai pemain muda beraksi bersama pasukan Malaysia.

“KHM akan terus mengcungkil bakat-bakat baru dan KHM telah memberikan tugas kepada jurulatih pasukan kebangsaan untuk memantau kejohanan kali ini dan saya menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan untuk menilai pemain-pemain muda yang boleh diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan,” jelas beliau.

Berikut merupakan senarai 44 pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2022
Lelaki (Divisyen Satu)

NO TEAM
1. SSBJ THUNDERBOLTS
2. AHP-SSP-MSP THUNDERBOLTS
3. SSTMI THUNDERBOLTS
4. SMKDBL/ PHJ/ MSNJ
5. MBPJ BLACK WIDOW
6. ANDERSON THUNDERBOLTS
7. SSTMI JUNIORS
8. MSNS/ SHA SABAH
9. KEDAH EAGLE JR

Lelaki (Divisyen 2 A)

1. MSN PERLIS JR
2. MSSPP-PSHA
3. NHDP PENANG U-16
4. NHDP PENANG U-14
5. SSN-PERAK-MSN-PHA-MSSPK
6. MBI/ ANDERSON JUNIORS
7. PPD KU/ SHC
8. SSBJ JUNIOR
9. SSMS RESILIENT
10. PRODIGY HAWKS HOCKEY TEAM

Lelaki (Divisyen 2 B)

1. KUALA LUMPUR SIKH SPORTS AND RECREATION CLUB
2. KLSS-CS
3. DBKL HT
4. PPHT THUNDERBOLTS
5. D’ TOUCH
6. TBSS/ PHNS
7. PHNS SENIORS
8. FRANCISCAN HOCKEY CLUB
9. SSN SERI KOTA PREDATOR
10. MALACCA HIGH SCHOOL

Perempuan (Kumpulan A) 

1. SSN KEDAH
2. MUTIARA JUNIORS-MSSPP-PSHA
3. MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA-PKS UNITEN
4. SSN PERAK-MSN-PHA-MSSPK
5. CSHC-KLSS-KLHA
6. BNHC KL
7. WIPERS-KLSS
8. MBPJ BLACK WIDOW

Perempuan (Kumpulan B)

1. PHNS ZA’ABA
2. SSTMI-PKS UNITEN
3. SSNP-MSP-PKS UNITEN
4. MSN TERENGGANU-PHT
5. SMK PADANG MIDIN-MSST-PHT
6. MSNS/ SHA SABAH
7. SSMS GIRLS

 

- Advertisement -