shl.1

Oleh Ku Mohd Lufti

Saingan TNB-QNET Liga Hoki Selangor membuka saingan musim ini menyaksikan enam perlawanan pembukaan bagi divisyen 3 A dan B serta Divisyen 5.

Lapan pasukan diundi di dalam kumpulan A manakala 7 lagi diundi di dalam kumpulan B dimana kesemua pasukan akan bermain dengan format round robin.

Saingan kumpulan 3 (A) menyaksikan River Blue K Selangor mengungguli carta selepas membenam Gombak Rovers 8-0.

Mengekori rapat ditangga kedua pasukan Synergy HC yang melakar kemenangan selesa 2-0 ke atas Gombak Rovers sementara satu lagi aksi dalam kumpulan A, Selayang B menang tipis ke atas KIE HT 2-1.

Dalam saingan DIvisyen 3 (B) pula, Kelab yang dibimbing bekas pemain hoki kebangsaan, K Logan Raj, Senil Solutin HC berpesta gol 9-0 ke atas UKM Staffs.

Turut mencatat kemenangan dalam aksi pembukaan Liga Hoki Selangor adalah IR HC yang melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Synergy SIA.

Satu lagi aksi kumpulan 3 (B) Goodwood HC yang kembali semula ke dalam saingan Liga Hoki Selangor tahun ini melakar kemenangan pertama, menewaskan Puchong HC 3-1.

Divisyen 5 pula merupakan pertandingan bagi kategori sekolah dimana 12 pasukan mengambil bahagian dan dipecahkan kepada dua kumpulan.

Perlawanan pembukaan, dua perlawanan berlangsung melibatkan divisyen 5 (A) dan (B).

SJI Warriors mengungguli divisyen 5 (A) selepas membelasah Sekolah Menengah Sains Alam Shah B  18-0.

Namun pada perlawanan kedua, SM Sains Alam Shah B tewas denga jaringan besar 0-9 kepada Sekolah Menengah Damansara Damai Senior.

Saingan divisyen 5 (B) diungguli Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Klang yang membenam Sekolah Menengah Damansara Damai Junior 12-0.

TNB-QNET-SHL2016 Week 1 Results

- Advertisement -