It was a nightmare outing for defending champions Johor Darul Takzim (JDT) at the Sultan Mohd IV Stadium in Kota Bahru as Kelantan roared to a 4-1 over the Southern Tigers on Saturday. .Photo Credit - https://gomokelategomo.wordpress.com

Oleh Ku Mohd Lufti  

Pasukan Liga Super, Kelantan sah mendapatkan khidmat pemain kelahiran Brazil, Wander Luiz.

Pemain berusia 29 tahun ini akan beraksi di posisi tengah dan pernah beraksi di Thailand, Brazil dan Jepun.

Karier pemain yang lahir di Lamim, Brazil ini bermula di kelab Vila Nova bermula 2005 dan menghabis selama lima musim sebelum berhijrah ke Asia, untuk bersama Buriram pada 2010.

Luiz membuat 43 penampilan dan menjaringkan lapan gol sebelum berhijrah ke beberapa kelab lain di Thailand sebelum beralih arah ke Jepun pada 2014 untuk menyertai Ulsan Hyundai pada 2014.

Beliau hanya beraksi semusim bersama Ulsan Hyundai sebelum kembali semula ke Thailand untuk meyertai Ratchaburi Mitr Phol pada tahun 2015.

Persoalan yang timbul, Kelantan masih gagal melunaskan tunggakkan gaji lima bekas pemainnya meskipun diberikan tempoh dan berkemungkinan untuk disingkirkan dari liga.

Namun, ‘ugutan’ daripada badan induk bolasepak Malaysia (FAM) dan nasihat daripada FMLLP tampak tidak diendahkan pengurusan KAFA yang masih membisu berhubung tunggakkan gaji .

- Advertisement -