Seramai 630 staf UFC, atlit dan kontraktor akan memastikan Abu Dhabi ‘Fight Island’ berlangsung dengan cemerlang selain memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang kejohanan dipatuhi sepenuhnya.

“Infrastruktur yang kami telah sediakan di ‘Fight Island’ telah menjadikan satu pengalaman yang begitu berharga untuk semua. Dari gelanggang ke pantai, latihan peribadi, zon selamat UFC, restoran terkemuka dan arena ini menjadikan destinasi ini sesuatu yang hanya boleh diimpikan sebelum ini” – Presiden UFC Dana White.

Pulau Yas merupakan antara ikon terkemuka Abu Dhabi, dikelingigi air laut yang biru akan mejadikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Pulau Yas juga dilengkapi dengan taman tema dan litar F1, serta padang golf dan pusat membeli-belah yang akan digemari oleh setiap pelancong tidak kira umur dan bangsa.

  • Pulau Yas adalah sebesar 9.6 batu persegi
  • Pulau Yas dilahirkan pada 2009, sebagai pulau yang merupakan sebahagian dari pantai Abu Dhabi
  • Pulau Yas telah menjadi hos kepada banyak acara seperti Formula 1 Abu Dhabi Grand Prix, kejohanan tinju, pertunjukan ‘Broadway’ dan juga Beyonce
  • Pulau Yas merupakan destinasi yang unik dengan fasiliti bertaraf dunia yang menjadikan ia destinasi hiburan terutama
  • Warner Bros World, Ferrari World, Yas WaterWorld dan Yas Marina Circuit merupakan antara tarikan di Pulau Yas, dikerumuni air biru and pantai indah

 

Mengenai ‘Zon Selamat’ UFC ‘Fight Island’

11km dari Pulau Yas akan ditutup. Sempadan Pulau ini akan dijaga oleh pihak polis dan tidak akan dibuka kepada penduduk Abu Dhabi.

Lebih 2500 staf UFC, staf kejohanan dan staf Pulau Yas akan ditempatkan di zon selamat ini sepanjang kejohanan sebagai langkah keselamatan.

Kesemua staf Abu Dhabi mengambil tempoh pengasingan selama 14-hari dan tiga keputusan negatif Covid-19 dicatat untuk memastikan persekitaran paling selamat.

Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Abu Dhabi akan memastikan aspek sukan dan hiburan selamat dalam fasa selepas Covid 19.

Zon selamat ini dikenali sebagai UFC ‘Fight Island’ termasuk Litar Yas Marina (trek F1), Yas Links (padang golf) dan Pantai Yas, selain hotel bertaraf 3-5 bintang

KESIHATAN & KESELAMATAN
Aspek kesihatan dan keselamatan akan menjadi factor utama di Pulau Yas, seperti kesemua anjuran UFC sejak kejohanan disambung pada bulan Mei.

UFC dan Abu Dhabi telah bekerjasama dengan entiti kerajaan UAE untuk memastikan penganjuran kejohanan dengan cara paling selamat dan efisien dengan mematuhi aspek keselamatan daripada kerajaan yang ditetapkan.

ASPEK KESELAMATAN
Tiga fasiliti perubatan dan 17 staf perubatan di zon selamat. Lebih dari 2000 ujian Covid-19 telah dilakukan ke atas staf ‘FIGHT ISLAND’ pada bulan Jun.

3,300 ujian antigen Covid-19 telah dirancang untuk atlit UFC dan staf kejohanan. Atlit UFC, staf dan staf kejohanan akan melakukan sekurang-kurangnya 5 ujian Covid-19:
1 ujian sebelum ke Abu Dhabi
1 ujian di lapangan terbang apabila tiba di Abu Dhabi
1 ujian di hotel seletah ‘check-in’, diikuti dengan tempoh kuarantin selama 48-jam
1 ujian sebelum kejohanan
1 ujian selepas kejohanan dan sebelum meninggalkan Abu Dhabi

Kesemua yang menyaksikan kejohanan di ‘Fight Island’ mesti berada di Zon Selamat, yang akan ditutup kepada orang ramai

Penutup muka harus dipakai sepanjang masa di tempat awam. Penjarakan sosial akan dikuatkuasakan sepanjang masa (6 kaki/2 meter) dan 24-48 jam kuarantin diperlukan apabila tiba di Abu Dhabi. Suhu akan diambil setiap malam

MENGENAI FLASH FORUM
Flash Forum adalah sesuai untuk menganjurkan UFC ‘Fight Island’ kerana saiz yang telah dikurangkan, pembinaan teknikal dan lokasi di zon selamat

Flash Forum telah menyaksikan acara dan konsert di Emirat sepanjang 10-tahun, termasuk konsert ikon pop seperti Prince dan Dua Lipa kepada acara sukan seperti kejohanan Muay Thai pada 2018

Atlit UFC akan bermanfaat dari sistem penghawa dingin yang bagus, dan Flash Forum juga tidak jauh dari hotel yang menempatkan semua staf acara dan staf UFC

‘Mist tunnel’ juga telah dibina untuk acara ini bagi mematuhi aspek keselamatan Covid-19 yang akan membunuh 99% bakteria, tempat komunal akan dikeluarkan, tempat duduk dan makan dan gelanggang Oktagon.

Flash Forum merupakan antara banyak venue dari Pulau Yas yang boleh dipilih, yang memastikan reputasinya sebagai tempat hiburan di rantau ini

 

UFC 251: Usman vs Masvidal

Kamaru Usman (16-1, Nigeria) berazam untuk membuktikan bahawa beliau adalah atlit ‘welterweight’ terbaik dunia

  • 7 kemenangan ‘knockout’, 1 melalui ‘submission’
  • 15 kemenangan berturut
  • Jika menang, akan terikat dengan GSP sebagai rekod kemenangan terpanjang UFC (12)
  • Pemenang ‘The Ultimate Fighter’ Musim 21
  • Juara gusti NCAA Div.II
  • Mempunyai rekod menang ke atas Tyron Woodley, Colby Covington dan Rafael Dos Anjos

Jorge Masvidal (35-13, Miami Florida) berhasrat untuk terus mengekalkan rekod kemenangan dan akhirnya menjadi juara UFC

  • Juara UFC BMF dan pencabar No.3 UFC di kategori ‘welterweight’
    16 kemenangan melalui ‘knockout’, 2 melalui ‘submission’
  • Pemegang rekod ‘knockout’ terpantas sepanjang sejarah UFC (5 saat – Ben Askren UFC 239)
  • 5 kemenangan terakhir melalui ‘knockout’
  • Seri untuk 4 ‘knockout’ di sepanjang sejarah UFC di kategori ‘welterweight’
  • Mempunyai kemenangan ke atas Nate Diaz, Darren Till dan Donald Cerrone

 

UFC Fight Night: Kattar vs Ige (Rabu, Julai 15)

Calvin Kattar (21-4, Methuen, Mass) berazam untuk memberikan impak terbesar apabila menjadi orang pertama untuk menundukkan Ige

Pencabar No.6 UFC kategori ‘featherweight’
11 kemenangan melalui ‘knockout’, dua melalui ‘submission’
10 kemenangan pusingan pertama
Telah menang semua pertarungan UFC kecuali satu melalui ‘knockout’
Mempunyai kemenangan ke atas Jeremy Stephens, Ricardo Lamas dan Shane Burgos

Dan Ige (14-2, Haleiwa, Hawaii) berhasrat sepenuhnya untuk melanjutkan rekod kemenangan dalam acara pertama UFC

Pencabar No.10 kategori ‘featherweight’
Tiga kemenangan melalui knockout, lima melalui submission
Mempunyai rekod enam kemenangan berturut
Pemegang tali pinggang hitam Jiu-Jitsu Brazil
Mempunyai kemenangan ke atas Edson Barboza, Mirsad Bektic dan Kevin Aguilar

UFC Fight Night: Figueiredo vs. Benavidez II (Sabtu, Julai 18)

Deiveson Figueiredo (18-1, Para, Brazil) berhasrat untuk membuktikan kemenangan ke atas Benavidez bukan calang-calang dan memperkasakan status sebagai ‘flyweight’ terbaik dunia

Pencabar No.1 UFC ‘flyweight’
Telah menghabiskan 15 dari 18 kemenangan, termasuk 9 ‘knockout’ dan enam submission
Tidak pernah menyerah atau mengalami ‘knockout’
9 kemenangan pusingan pertama
Mempunyai kemenangan ke atas Tim Elliott, Alexander Pantoja dan John Moraga

Joe Benavidez (28-6, Las Cruces, N.M) akan mengintai peluang dalam peluang keempat untuk kejuaraan UFC dan akhirnya memburu kejuaraan

Pencabar No.2 UFC ‘flyweight’
8 kemenangan melalui ‘knockout’, 9 melalui ‘submission’
Rekod untuk kemenangan ‘knockout’ terbanyak sepanjang sejarah UFC ‘flyweight’ (5)
Seri untuk kemenangan terbanyak sepanjang sejarah UFC ‘flyweight’ (13)
Menang ke atas Jussier Formiga (dua kali), Henry Cejudo dan Alex Perez

UFC ‘Fight Night’: Whittaker vs Till, Sabtu Julai 25

Robert Whittaker (21-5, Sydney Australia) akan cuba merekodkan kemenangan dan mendapatkan semula kejuaraan yang dilepaskan

Bekas juara UFC ‘middleweight’, pencabar No.1 ‘middleweight’
Juara pertama UFC dari Australia
9 kemenangan knockout, 5 submission
Pemegang rekod 8-1 di middleweight
11 kemenangan pusingan pertama
Kemenangan ke atas Yoel Romero (dua kali), Jacare Souza dan Derek Brunson

Darren Till (18-2, Liverpool, England) berhasrat untuk kekal tanpa kalah di kategori ‘middleweight’ and menjadi pencabar seterusnya untuk kejuaraan

No. 5 di UFC middleweight, bekas pencabar kejuaraan UFC ‘middleweight’
10 kemenangan knockout, 2 melalui submission
5 kemenangan pusingan pertama
Kemenangan ke atas Kelvin Gastelum, Stephen Thompson dan Donaldo Cerrone

 

- Advertisement -