Kelab bola sepak UiTM FC terus menggiatkan usaha program UiTM FC Prihatin dengan memberikan sumbangan Alat Perlindungan Peribadi (PPE) kepada petugas-petugas frontliners.

Pengarah Pusat Sukan Merangkap Pengurus Pasukan UiTM FC, Mustaza Ahmad mewakili pihak presiden UiTM FC menyampaikan sumbangan daripada para pemain dan pegawai pasukan UiTM FC kepada Dr Kuldip Kaur, Pengarah Hospital Sungai Buluh dalam satu majlis ringkas di hospital sungai buluh tengahari tadi

Turut hadir sama ialah En. Wan Mustafa jurulatih dan Mohd Faizal, kapten pasukan.

Menurut Mustaza, adalah diharapkan bantuan yang disediakan itu memberi sumbangan besar kepada petugas hospital dalam menangani jangkitan COVID-19.

Terdahulu Mustaza dalam kenyataannya berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu memudahkan tugas para barisan hadapan terutama pada waktu kritikal sekarang.

 

Beliau yakin, selagi semua pihak dapat bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing, jangkitan COVID-19 mampu ditangani bersama.

Ini adalah program CSR kedua tahun ini digerakkan UiTM FC selepas membantu meringankan beban pelajar-pelajar UiTM yang tidak dapat pulang ke kampung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan lalu.

UiTM FC telah mengadakan program kutipan derma bagi mengisi dana tabung khas Covid-19 UiTM.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) masih menggalakkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menderma peralatan perlindungan peribadi (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan dalam merawat pesakit COVID-19.

- Advertisement -