Pasukan hoku UiTM meletakkan sasaran untuk menduduki tangga keempat dalam saingan TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 yang akan bermula pada Khamis ini.

Pengurus pasukan, Fairuz Ahmad menjelaskan, pasukannya sedang giat menjalani latihan di Stadium Hoki UiTM, Shah Alam dan turut mengesahkan kesemuanya bebas daripada jangkitan Covid 19.

“Untuk saingan TNB MHL 2021, Persatuan Hoki UiTM mensasarkan kedudukan keempat. Moral pasukan ketika ini begitu baik dan pemain pemain tidak sabar untuk memulakan perlawanan pertama dan bersemangat untuk menunjukkan kualiti dan permainan mereka,”kata Fairuz

Rata rata pemain merupakan penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta, malah UiTM turut mendapatkan khidmat pemain kebangsaan untuk menguatkan lagi pasukan itu.

“Antara pemain pemain pasukan ini merupakan penuntut UiTM itu sendiri dan turut dibantu daripada institut pengajian tinggi awam dan swasta 

Pasukan kami juga turut dibantu dua bekas pemain kebangsaan, Muhd Rashid Baharom dan Mohd Izad Hakimi Jamaluddin yang berminat untuk menyarung jersi pasukan dan pihak kami berbangga mereka dapat membantu pemain pemain yang lain,”katanya lagi

Saingan TNB MHL 2020 awal tahun lalu, UiTM menamatkan saingan Liga Premier dikedudukan kelima dibelakang Maybank.

Saingan tahun 2021, liga akan berlangsung menggunakan konsep gelembung sukan (sports bubble) susulan penularan Covid 19 dimana kesemua pemain dan pegawai yang terlibat dalam TNB MHL akan ditempatkan di hotel Pullman Bangsar sebagai lokasi kuarantin.

- Advertisement -