khairy.jamaluddin.5

Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar mahu atlet dan pegawai yang terlibat di dalam Sukan Malaysia 2016, SUKMA di Sarawak bebas daripada sebarang penggunaan bahan terlarang.

Bukan sahaja ujian doping dijalankan ke atas atlet, egawai dan barisan kejurulatihan turut sama akan diuji.

“kita tambah lagi ujian breathlizer bagi minuman arak akan dilaksanakan secara rawak semasa Sukan Malaysia. Doping adalah perkara wajib, breathlizer  adalah perkara yang ditambah. Ini bagi memastikan tahap displin yang tinggi oleh atlet dan pegawai .” Kata Khaiary Jamaluddin.

Khairy Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tertinggi SUkan Malaysia sebelum mengetuai delegasi Majlis Sukan SUkan Negeri mengadakan lawatan ke venue venue pertandingan yang akan digunakan bagi temasya Sukan Malaysia di Sarawak.

Beliau berpuas hati dengan persiapan dan kerja kerja menaik taraf yang dijalankan dan mengikut jadual yang ditetapkan.

- Advertisement -