Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa UTM 2015-Pasukan Wanita
Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa UTM 2015-Pasukan Wanita

Dibarisi pemain kebangsaan yang bakal beraksi di Sukan SEA, Singapura, pasukan UKM-MBSA A mudah untuk muncul juara Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa UTM 2015 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Baharu.

Pasukan bimbingan Tay Yeu Siong menjadikan kejohanan kali ini medan memperkemaskan pasukan yang dilihat kesuntukan masa, berbaki kurang dua bulan menjelang Sukan SEA, Singapura. Namun begitu baginya, pasukan ini semakin serasi dengan beberapa kelemahan yang dikenal pasti cuba diperbaiki. UKM-MBSA A layak ke final setelah mudah menewaskan Sekolah Sukan Bukit Jalil, SSBJ, 2-0.

Manakala pada perlawanan akhir UKM-MBSA A juga tidak berhadapan halangan besar untuk menewaskan wakil Indonesia, PGRI dengan keputusan 2-0. Selaku juara UKM-MBSA membawa pulang wang tunai RM2000 berserta piala. PGRI pula menerima RM1500 selaku naib juara
Dalam kategori wanita, wakil tuan rumah juga menepati ramalan untuk muncul juara setelah menewaskan wakil Sarawak di final.

Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa UTM 2015-Pasukan Lelaki
Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa UTM 2015-Pasukan Lelaki

Namun begitu UTM diberi tentangan sengit pasukan muda Sawarak untuk mengheret perlawanan berlanjutan ke set penentuan. Bermula baik pada set pertama, UTM dikejutkan dengan kebangkitan Sarawak untuk memenangi dua set berikutnya. Namun dibarisi rata-rata pemain yang mewakili negara ke Sukan Universiti Asean, Palembang tahun lalu, UTM cemerlang memenangi dua set berikutnya untuk keputusan 3-2.

UTM membawa pulang RM1500 beserta piala manakala naib juara Sarawak berpuashati dengan wang tunai RM1000. Sejumlah 16 pasukan lelaki dan enam pasukan wanita menyertai kejohanan kali ketiga dianjurkan UTM dibawah program Pusat Sukan Tumpuan, Kementerian Pendidikan Malaysia. UTM selaku Pusat Tumpuan Sukan Bola Tampar Wanita, KPM menjadikan kejohanan tahunan ini sebagai medan pendedahan kepada pasukan bola tampar universiti bagi mengenalpasti bakat baru sukan bola tampar.

Hadiah disampaikan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UTM, Prof. Dr. Mohd Ismail Abd Aziz. Turut hadir Pengarah Pusat Sukan UTM, Abdul Mailk Abdul Ghani.

- Advertisement -