Roberta Vinci

Vinci out to prove that age is no barrier at the Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) from 29th February to 6th March 2016

Roberta Vinci wants to crack into the top 10 this year but the Italian, who turns 33 on Feb 18, is wary of putting too much pressure on that threshold after having previously been stalled by nerves when she achieved No. 11 in 2013.

The 10-time WTA Tour winner will be making a stop in Kuala Lumpur for the first time to compete in the BMW Malaysian Open, the most prestigious women tennis even in Southeast Asia, at the Kuala Lumpur Golf and Country Club on Feb 29-March 6.

The World No 16 is the top seed and she will be eyeing on her 11th tour career win and also her first in Asia at the BMW Malaysian Open.

Vinci is best known for causing the biggest upset in 2015 when she defeated World No 1 Serena Williams in the semi-finals of the US Open last September. She was ranked 43rd at that time.

The Taranto-born, however, lost in the final to her childhood friend and fellow Italian Flavia Pennetta.

Malaysian fans can consider themselves lucky to have Vinci in KL as she is planning to retire later this year.
“I’m not young. It’s been a lot of years, a lot of stress, and sometimes it’s time to change.

“But you never know. If at the end I would like to continue, why not? But for sure I don’t want to play more than three or four years. In my mind, I would like to stop,” said Vinci recently.

Vinci, who turned professional in 1999, accepts that she will be most remembered for her win over Serena in New York.

“I had a lot of results in singles and also doubles, but it’s normal that people know me right now from the match with Serena,” she said.

Vinci has tasted major successes before, having been ranked No 1 in doubles, and notching five Grand Slam wins with former partner Sara Errani.

The Italian also touched about her playing style calling it very different.

She said, “I prefer my game than Serena…mine is better. My game is similar to the one that players had in the past and I like it.”

“A player needs to make sacrifices for success. There were negative moments but I was patient during those difficult times,” said Vinci.

The Italian has had mixed results so far this year. In the season-opening tournament in Brisbane, Vinci made the quarter-finals but lost her opening match in the following event in Sydney.

At the Australian Open, Vinci was ousted by 82nd-ranked Anna-Lena Friedsam of Germany in the third round.

Roberta Vinci 1

Vinci inginkan kemenangan WTA ke-11 di BMW Malaysian Open 2016

Factor usia tidak akan menhalang Vinci dari berjaya di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) dari 29 February hingga 6 March 2016

Faktor usia bukan penghalang untuk seseorang melakar kejayaan dalam sukan tenis.

Sekalipun bakal menjangkau usia 33 tahun pada 18 Februari ini, Roberta Vinci tetap menanam harapan untuk cuba menempatkan diri dalam kelompok 10 pemain perseorangan wanita terbaik dunia – sesuatu yang tidak pernah dilakukan sejak memulakan kerjaya profesional pada 1999.

Pemain Itali tersebut sebelum ini pernah meraih kedudukan ranking dunia tertinggi kariernya di tangga ke-11 pada 2013. Namun kerana terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri, dia tidak pernah mencapai matlamatnya itu.

Vinci, yang juga juara Jelajah WTA sebanyak sembilan kali, akan membuat kemunculan sulungnya di kejohanan tenis wanita terulung Asia Tenggara iaitu BMW Terbuka Malaysia, yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club dari 29 Feb- 6 Mac.

Pemain nombor 16 dunia itu akan tampil selaku pilihan utama dan pastinya dia akan bertandang ke Kuala Lumpur dengan misi memburu gelaran ke-11 jelajah dan kejuaraan pertamanya di Asia apabila turun beraksi di BMW Terbuka Malaysia nanti.

Antara kejayaan terbesar pernah dikecapi Vinci adalah bergelar naib juara Terbuka AS, September tahun lalu. Ketika itu, dia yang sekadar menghuni ranking 43 dunia, berjaya mengalahkan pemain nombor 1 dunia Serena Williams untuk menempah kemaraan ke final.

Malangnya, hasratnya untuk menjulang gelaran Grand Slam individu pertama tidak kesampaian setelah dia tumpas di tangan rakan senegara yang juga sahabat karibnya, Flavia Pennetta dalam pertembungan sesama wakil Itali.

Peminat-peminat tenis tanah air bolehlah menganggap diri mereka bertuah untuk berkesempatan menyaksikan kehebatan Vinci kerana musim ini mungkin yang terakhirnya selepas dia merancang untuk bersara pada penghujung tahun ini.

“Saya tidak muda lagi. Setelah sekian lama saya beraksi, penuh dengan tekanan, maka mungkin sudah tiba masanya untuk menggantung raket.

“Namun tiada siapa yang tahu. Mungkin pada akhirnya, saya mengubah pendirian dan terus bermain, kenapa tidak kan? Apa yang pasti, saya tidak ingin untuk beraksi lebih daripada tiga atau empat tahun,” katanya baru-baru ini.

Vinci mengakui bahawa kemenangan ke atas Serena di New York adalah yang paling manis pernah dikecapinya.
“Sebelum itu pun saya memiliki sejumlah keputusan yang baik dalam acara perseorangan mahupun beregu, namun saya tidak hairan yang ramai baru mengenali saya selepas perlawanan dengan Serena tempoh hari,” katanya.

Vinci bukannya tidak pernah menikmati kejayaan pada peringkat besar. Sebelum ini dia pernah bergelar pemain nombor 1 dunia dalam acara beregu dan mengungguli Grand Slam sebanyak lima kali bersama bekas rakan seganding Sara Errani.

Vinci juga menyentuh tentang gaya permainannya yang disifatkan sebagai lain dari yang lain.

Katanya: “Saya lebih menggemari cara saya bermain daripada Serena…cara saya adalah lebih baik daripadanya. Gaya permainan saya adalah bersamaan dengan gaya yang dimiliki oleh pemain-pemain era terdahulu dan saya menyukainya.

“Seseorang pemain harus sanggup berkorban demi mencapai kejayaan. Dalam karier mana-mana pemain memang akan ada mengalami satu tempoh sukar dan saya percaya saya telah menempuhnya dengan penuh kesabaran.”

Vinci memulakan musim ini dengan merekodkan keputusan yang bercampur.

Pada pertandingan pembuka tirai di Brisbane, dia mara ke suku akhir namun kecundang pada pusingan pertama di Sydney.

Di Terbuka Australia, Vinci sekadar mampu ke pusingan ketiga selepas dikalahkan pemain ranking ke-82, Anna-Lena Friedsam dari Jerman.

- Advertisement -