Nazirul Naim Che Hashim

Oleh Muhammad Aiman

Prestasi meningkat naik ditunjukkan pemain sayap Kelantan, Wan Zack Haikal sejak beberapa perlawanan lalu membolehkannya kembali tersenarai ke dalam skuad kebangsaan kendalian Datoā€™ Ong Kim Swee bagi perlawanan persahabatan menentang Indonesia pada 6 September depan.

Bekas tonggak skuad B-23 negara di Pestabola Merdeka 2013 itu lebih banyak berada dalam senarai menunggu setelah kembali bangkit daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligamen (ACL) yang dialaminya pada penghujung 2013 namun Kim Swee yang pernah melatih pemain itu sebelum ini dilihat sudah bersedia membuka peluang kepadanya untuk membuktikan sesuatu.

ā€œBanyak perubahan terpaksa dibuat kerana masalah kecederaan dan pemain-pemain yang bersara. Jadi rata-rata pemain dipanggil kali ini terdiri daripada pemain muda yang mempunyai pengalaman antarabangsa di peringkat remaja dan dipanggil semula untuk perkuatkan skuad senior seterusnya buktikan mereka mampu bersaing di peringkat tinggi,ā€ kata Kim Swee.

Selain Wan Zack, beberapa bekas pemain B-23 kebangsaan yang kembali dipanggil menjalani latihan pusat bermula pada 29 Ogos ini adalah rakan sepelatihnya di FC Ryukyu pada 2013 Nazirul Naim Che Hashim dan Shahrul Saad (Perak), Irfan Fazail dan Amer Saidin (JDT II), Matthew Davies (Pahang), Adam Nor Azlin (Selangor) serta dua pemain skuad Projek Sukan Sea 2017 Safawi Rasid (T-Team) dan Fakhrul Aiman Sidid (PDRM).

Kim Swee juga menyenaraikan pemain lama dalam Liga Malaysia, Ronny Harun (Sarawak) serta dua penjaga gol, Khairul Azhan Khalid dan Hafizul Hakim sebagai ā€˜backupā€™ kepada Khairul Fahmi.

Secara keseluruhannya, dalam senarai 24 pemain yang diumumkan pada Khamis, Kim Swee hanya mengekalkan seramai 11 sahaja pemain dari skuad kebangsaan yang mengharungi Siri Jelajah Oceania pada bulan Jun lepas.Ā Ā  Ā 

ā€œHafizul baru berusia 23 tahun adalah antara pelapis penjaga gol negara dan saya akan beri ruang untuk mencubanya, mungkin bukan ketika bertemu Indonesia kerana saya mahu menilainya terlebih dahulu dalam latihan sebelum memutuskannya untuk pemilihan akan datang.

ā€œSudah tentu tempoh masa singkat untuk kem latihan pusat kali ini dengan jadual yang padat, tidak banyak perkara yang boleh saya lakukan. Jadi apa yang perlu saya fikir sekarang ialah membentuk kombinasi tertentu selepas kesebelasan ketika bertemu Timor Leste dan Siri Jelajah Oceania tidak dapat bersama kali ini.ā€

ā€œIni pemain terbaik yang saya lihat ketika ini dan mereka harus membuktikan yang mereka mampu bersaing di peringkat antarabangsa,ā€ jelas Kim Swee yang kehilangan enam pemain akibat kecederaan iaitu Izham Tarmizi Roslan, Junior Eldstal, Fazly Mazlan, Mahali Jasuli, Shahrom Kalam dan Christie Jayaseelan.

Untuk rekod, ini adalah skuad pertama diumumkan Kim Swee selepas persaraan empat pemain JDT dari arena antarabangsa iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim, S.Kunanlan dan Amirulhadi Zainal.

Senarai 24 pemain skuad kebangsaan untuk menentang Indonesia :

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Hafizul Hakim (Perak), Khairul Azhan (Selangor)

Pertahanan: Fadhli Shas, Azrif Nasrulhaq (JDT), Ronny Harun (Sarawak), Amer Saidin (JDT II), Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Khair Muhamad Jeffri Jones (Melaka), Matthew Davies (Pahang)

Tengah: S.Veenod, Adam Nor Azlin (Selangor), Brendan Gan, Wan Zack Haikal (Kelantan), Irfan Fazail (JDT II), Abdul Latiff Suhaimi, Fakhrul Aiman Sidid (PDRM), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Fakri Saarani (Felda), Safawi Rasid (T-Team)

Penyerang: Amri Yahyah (JDT), Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), Zaquan Adha Abdul Radzak (JDT II)

- Advertisement -