2016 celcom axiata Malaysia Open - logo W650xH230Oleh Ku Mohd Lufti

Keputusan pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng untuk meninggalkan BAM bukan dibuat secara mengejut.

Malah Wei Feng telah pun mengadakan perbincangan dengan barisan kejurulatihan dan pengurusan BAM sebelum membuat keputusan.

“Perancangan ini bukan secara tergesa gesa. Tahun lalu, saya ada katakan jika gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik, saya akan lakukan perubahan dalam karier saya,” kata Chong Wei Feng.

Penghujung Mac lalu, Chong Wei Feng membuat keputusan untuk meninggalkan BAM berkuat kuasa 1 Mei depan.

Beliau enggan mendedahkan kelab yang bakal disertai kerana masih lagi dalam peringkat perbincangan.

Wei Feng akan berdepan pemain Jepun Kenichi Tago di pusingan kelayakan Terbuka Malaysia Celcom Axiata pada hari Selasa.

Untuk rekod, kedua dua pemain telahpun bertemu digelanggang sebanyak enam kali dan Kenichi Tago meraih lima kemenangan.

Wei Feng tewas di dua pertemuan terakhir, di Terbuka Indonesia pada 2014, dan di Terbuka Malaysia pada 2013.

- Advertisement -