HOST Malaysia’s quest for gold in the SEA Games 2017 polo competition receives a boost following the inclusion of Youth and Sports Minister YB Brig Gen Khairy Jamaluddin who confimed his place in the national squad.

Malaysia, the reigning champion, is gunning for its third gold in the competition after clinching victories in the last two outing in 1983 in Singapore and Bangkok (2007).

After a lapse of 10 years, polo is back as a medal sport in the SEA Games with five countries expected to battle out for the sole gold medal in the competition scheduled from 20-29 August at the Putrajaya Equestrian Park.

Singapore and Thailand will be Malaysia’s biggest threats as the host seeks to continue its domination in the competition which will also see the participation of Brunei, Philippines and Indonesia.

Following his performance in the ongoing Malaysian Open Polo Championship, YB Brig Gen Khairy has been named to join six other players for the final phase of training in Pekan, Pahang.

“I’ll join the team on an “on and off’ basis..the majority of the players are now in Pekan for the final phase of training. Everything is going on great and I’m confident that we’ll be able to march into the finals of the SEA Games and win the gold,” he said.

Four teams including YB Brig Gen Khairy’s Jogo Polo Team are now competing in the 10th Malaysian Open Polo Championship which commenced last Tuesday (4July 2017) at the Selangor Royal Polo Club.

Malaysian Royal Polo Association Vice President Dato’ Syed Budriz Putra, who is also the 2017 SEA Games Polo Selection Committee chairman said, the tournament serves as the final competition for the team before the KL Games starts on Aug 19.

  Commenting on YB Brig Jen Khairy’s performance, Dato’ Syed Budriz berkata: “He’s shown great quality as a striker with good endurance  and agility.”

  

MALAYSIA’S ACHIEVEMENT IN SEA GAMES POLO COMPETITION 

Singapore 1983

Gold: Malaysia

Silver: Philippines

Bronze: Singapore

 

Bangkok 2007

Gold: Malaysia

Silver: Singapore

Bronze: Thailand

Khairy perkuat skuad Polo kebangsaan, sertai latihan pusat di Pekan

MISI memburu emas skuad polo kebangsaan ke Sukan SEA 2017 diperkuatkan dengan penyertaan Menteri Belia dan Sukan YB Brig. Jen YB Khairy Jamaluddin yang mengesahkan akan mula menyertai kem latihan pusat di Pahang, bulan ini.

YB Brig Jen Khairy bakal menyertai enam pemain lain bagi latihan pusat skuad polo kebangsaan di Pekan selepas berakhirnya Kejohanan Polo Terbuka Malaysia yang sedang belangsung kini.

“Saya akan luangkan masa di Pekan secara ‘on and off’, tetapi sebahagian besar skuad sudah berada di sana bagi persiapan fasa terakhir. Segalanya berjalan mengikut perancangan dan saya yakin kita mara ke final seterusnya mampu meraih emas,” katanya. 

Kejohanan Polo Terbuka Malaysia Ke-10 yang bermula di Kelab Polo Diraja Selangor sejak Selasa lepas (4 Julai 2017) merupakan gelanggang terakhir memilih pemain ke saingan Polo Sukan SEA 2017.

Naib Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia, Dato’ Syed Budriz Putra, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Atlet Polo ke Sukan SEA 2017 berkata, berkata tujuh pemain disenaraikan dan Terbuka Malaysia merupakan pertandingan terakhir dalam kalendar polo sebelum berlangsungnya saingan Sukan SEA nanti.

Acara Polo Sukan SEA ke-29 yang dijadualkan di Taman Ekuestrian Putrajaya dari 20 hingga 29 Ogos, mempertandingkan satu emas dan bakal menyaksikan penyertaan lima negara iaitu Brunei, Indonesia,  Filipina, Singapura, Thailand dan tuan rumah Malaysia.

Mengulas prestasi YB Brig Jen Khairy, yang menyertai pasukan Jogo Polo pada Terbuka Malaysia, Dato’ Syed Budriz berkata: “Beliau menunjukkan kualiti sebagai penyerang, dengan ketahanan fizikal dan kecergasan beliau juga kini di tahap terbaik.”

Selepas 10 tahun, polo kembali disenaraikan sebagai salah satu acara berpingat pada Sukan SEA 2017. Malaysia merupakan penyandang juara dengan meraih emas pada dua edisi Sukan SEA sebelum ini – di Singapura (1983) dan Bangkok pada 2007. Sebelum ini, acara polo hanya dipertandingkan dua kali di Sukan SEA sebelum tuan rumah Malaysia kembali menyenaraikan semula acara itu di Kuala Lumpur bulan depan.

 

PENCAPAIAN PINGAT SKUAD POLO NEGARA DI SUKAN SEA

Sukan SEA Bangkok 2007

Emas: Malaysia

Perak: Singapura

Gangsa: Thailand

 

Sukan SEA Singapura, 1983

Emas: Malaysia

Perak: Filipina

Gangsa: Singapura

- Advertisement -