Atlet karate negara, V. Yilamaran, menghadiahkan Malaysia pingat perak kedua di Deaflympics Tokyo 2025, sekali gus membantu melonjakkan kedudukan kontinjen negara ke tangga ke-20 keseluruhan selepas Hari Ke-10 saingan.

Harapan emas kedua tidak kesampaian apabila Yilamaran tewas 1–4 kepada atlet Ukraine, Oleksandr Makhno, biarpun mencuba sedaya upaya dalam final kumite individu lelaki 84kg yang berlangsung di Tokyo Budokan.

Malaysia kini menghuni tangga ke-20 dalam kedudukan pingat dengan kutipan 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

Dalam pada itu, usaha skuad boling negara untuk memburu pingat dalam acara berpasukan wanita tidak kesampaian selepas menamatkan saingan di tempat keenam dengan jumlah 1,175 jatuhan pin daripada tujuh permainan di Higashi Yamato Grandbowl.

Empat pasukan terbaik — Ukraine, Korea, Jerman dan Chinese Taipei â€” mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.

Dalam saingan badminton, Malaysia mengalami dua kekalahan dalam acara berpasukan, tewas 2–3 kepada Lithuania pada peringkat kumpulan.

Malaysia tetap mara ke peringkat suku akhir selepas menamatkan saingan sebagai naib juara kumpulan, namun peluang untuk ke separuh akhir tidak menjadi kenyataan apabila tunduk 1–3 kepada Chinese Taipei.

Menentang Chinese Taipei, Malaysia membuka tirai dengan penuh bergaya apabila pasangan campuran Edmund Teo / Boon Wei Ying mencatat kemenangan ke atas Chen Chung-i / Fan Jung-yu, memberikan mata pertama negara. Namun tiga perlawanan seterusnya — perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu lelaki â€” tidak memihak kepada Malaysia.

Pada saingan hari terakhir olahraga, harapan meraih pingat dalam acara lompat jauh tidak kesampaian selepas Zaiman Megat Abu (6.57m) dan Hazrul Shah Hamri (6.20m) gagal melepasi peringkat kelayakan.

Pelari jarak jauh negara, Azlan Kuste, yang sebelum ini memecahkan dua rekod kebangsaan di Tokyo, pula sekadar menamatkan saingan di tempat ke-12 daripada 16 peserta dalam final 5,000m dengan catatan 16:38.49.

Kuartet 4x400m lelaki â€” Muhammad Zumar, Shahrul Azmer, Azlan Kuste dan Muhammad Zamir Azman â€” menutup kempen olahraga Malaysia dengan menduduki tempat ketujuh dalam final.

Jurulatih olahraga negara, Sanusi Zainal Abidin, melahirkan rasa puas hati terhadap persembahan keseluruhan atlet:

“Secara keseluruhan, Tokyo merupakan kejohanan yang membuahkan hasil apabila enam daripada tujuh atlet berjaya mara ke final masing-masing, dan beberapa mereka berjaya mencipta rekod kebangsaan baharu.

Prospek masa depan sangat positif kerana majoriti atlet saya masih muda dan mampu beraksi sekurang-kurangnya dua edisi Deaflympics lagi,” kata beliau. 

- Advertisement -