hockey-jr-wc

Oleh Ku Mohd Lufti

Pasukan hoki remaja negara menamatkan kempen Piala Dunia Remaja 2016 di Lucknow, India, di kedudukan ke 11 selepas melakar kemenangan ke atas Austria 2-1 menerusi penalty shoot out dalam aksi penentuan tempat ke 11 dan 12. 

Selepas gagal mara ke suku akhir, anak didik Wallac Tan mengharapkan perlawanan terakhir di kejohanan edisi ke 11 berakhir dengan tuah.

Malaysia tidak menunggu lama untuk membuka tirai gol di minit ke 8 menerusi gol padang cantik menerusi Zulhamizan Mohamad yang bijak menewaskan pemain pertahanan sebelum meledak gol untuk meletakkan Malaysia di depan.

Berselang lima minit, giliran Nik Mohd Aiman Nik Rozemi melakar nama selaku penjaring untuk skuad kebangsaan selesa mendhului 2-0.

Austria terus mengasak untuk mencari ruang keseilapan dan taktikal itu ternyata membuahkan hasil apabila Oilver Binder merapatkan jurang 1-2 hasil pukulan sudut penalti di minit ke 26. 

Tatkala Malaysia cuba bertahan untuk mengekalkan kedudukan, Austria sekali lagi menghukum kealpaan pemain negara.

Peter Kaltenbock kembali menghidupkan semangat juang rakan sepasukan apabila mengikat kedudukan 2-2 di minit ke 42.

Tiada tambahan jaringan pada baki babak kedua untuk mengheret perlawanan ke penentuan pukulan penalti (penalty shoot out).

Penjaga gol, Muhamad Zaimi Mat Deris, menjadi wira negara apabila menafikan empat daripada lima penalty shoot out Denmark.

Zaimi memberi tekanan awal ke atas Austria apabila menafikan percubaan pertama oleh Leon Thornblum.

Nik Mohd Aiman meletakkan Malaysia 1-0 selepas bijak menewaskan penjaga gol Austria Christoph Sandbichler.

Kedudukan terikat 1-1 selepas Philip Schmidt menewaskan Zaimi dan keadaan semakin tegang selepas itu apabila kedudukan kekal selepas empat percubaan.

Sorakan kembali memihak Malaysia apabila Rafizul Mustafa meletakkan Malaysia mendahului 2-1, dan kemenangan disahkan oleh Zaimi apabila berjaya menafikan percubaan terakhir Austria yang diambil Florian Steyer.

- Advertisement -