Persatuan Badminton Malaysia (BAM) manyangkal spekulasi perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan meninggalkan badan induk badminton negara itu.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh menjelaskan pemain kelahiran Kedah yang menghuni ranking ketujuh dunia itu langsung tidak mengetahui tentang spekulasi mengatakan dirinya keluar daripada persatuan itu.

“Keazaman dan visinya kekal sama, sebagai pemain perseorangan lelaki kebangsaan negara ini. Dia 100 peratus memberi fokus terhadap Sukan Olimpik Paris 2024,” kata Kenny menerusi kenyataan media hari ini.

Zii Jia menerusi laporan media dikhabarkan akan meninggalkan BAM dan meneruskan karier sebagai pemain profesional dimana pemain berusia 23 tahun itu akan menerima tajaan yang besar untuk menampung kariernya sebagai pemain profesional.

- Advertisement -