Sembilan wakil negara turun hari ini untuk memburu slot ke pusingan kedua saingan Yonex Terbuka Malaysia.

Saingan perseorangan lelaki menyaksikan dua wakil negara mara ke pusingan kedua.

Perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia bangkiut daripada kekalahan di set pertama sebelum berjaya menewaskan  pemain India, HS Prannoy dengan kemenangan 13-21, 21-14, 21-8.

Beliau yang diletak selaku pilihan kelapan akan turun berdepan seorang lagi wakil India, K Srikanth.

Turut mara, Liew Darren yang menang straight set 21-12, 21-18 ke atas pilihan ketiga dari Denmark, Anders Antonsen dan akan berdepan wakil Hong Kong Lee Cheuk Yu di pusingan kedua.

Aksi melibatkan perseorangan wanita pula menyaksikan Soniia Cheah dan S. Kisona terkandas dipusingan pertama.

Kisona tewas kepada Saina Nehwal dari India 15-21, 15-21 manakala Soniia Cheah disingkirkan pilihan ketujuh dari Korea Selatan, An Se Young 15-21, 12-21.

Turut mengesahkan slot ke pusingan kedua, tiga bergu wanita negara yang melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.

Bermula dengan Vivian Hoo – Yap Cheng Wen yang tidak berdepan masalah untuk mengatasi gandingan dari Rusia, Anastasiia Akchurina – Olga Morozova straight set 21-10, 21-11.

Giliran Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean mengikuti jejak Vivian dan Cheng Wen selepas mengatasi pasangan dari Perancis, Vimala Heriau – Margot Lambert  dengan kemenangan 21-15, 21-18.

Gandingan muda, Pearly Tan – M Thinaah juga tidak mahu melepaskan peluang untuk melangkah ke pusingan seterunya selepas menundukkan gandingan adik beradik tuan rumah, Benyapa Aimsaard – Nuntakarn Aimsaard straight set 21-19, 21-17.

Bergu lelaki tidak mengecewakan apabila wakil tunggal yang beraksi pada hari ini Ong Yew Sin – Teo Ee Yii menang ke atas M.R. Arjun – Dhruv Kapila 13-21, 21-8, 24-22.

Aksi bergu campuran menyaksikan Tan Kian Meng – Lai Pei Jing turut menepati ramalan, mara ke pusingan kedua selepas menang straight set ke atas gandingan Jerman Daniel Hess – Linda Efler, 21-14, 21-14.

- Advertisement -