chong.wei

Oleh Ku Mohd Lufti

Lima wakil negara tersingkir di pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Paris yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Datuk Lee Chong Wei terpaksa memberi kemenangan percuma kepada pemain Taiwan, Hsu Jen Hao susulan kecederaan yang dialami ketika di Terbuka Denmark.

Turut sama tersingkir, perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang tersingkir di pusingan pertama kepada pemain China, Shi Yuqi straight set 11-21, 19-21.

Dalam pada itu, bergu lelaki negara yang juga juara Terbuka Denmark, Goh V Shem-Tan Wee Kiong ditunjukkan jalan pulang seawall puisngan pertama oleh pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, straight set 19-21, 17-21.

Satu lagi pasangan beregu lelaki, Ong Yiew Sin-Teo Ee Yi turut sama tersingkir selepas kecundang kepada pasangan Indonesia Mohammad Hasan-Berry Angriawan straight set 17-21,17-21.

Wakil wanita juga terkandas dipusingan pertama, beregu wanita Vivian Ho Kah Mun-Woon Khe Wei akur tewas kepada beregu Jepun Naoko Fukuman-Kurumi Yonao 16-21, 16-21.

Cabaran negara di pusingan kedua diteruskan oleh Zulfadli Zulkifli dan bergu campuran, Tan Kiang Meng ā€“ Lai Pei Jing.

Zulfadli memerlukan 73 minit untuk menundukkan wakil China, Huang Yuxiang dari China 24-22, 12-21 dan 22-20.

Pemain ranking ke 33 dunia ini akan berdepan Son Wan Ho dari Korea Selatan dalam saingan kedua malam ini.

Gandingan Kian Meng-Pei Jing pula mengetepikan beregu dari England, Ben Lane-Jessica Pugh 21-19 dan 21-16 dan akan bertemu pasangan pilihan kedua dari Indonesia, Praveen Jordan-Debby Susanto di pusingan kedua.

- Advertisement -