Pulau Pinang menguasai saingan suku akhir kategori Bawah 16 tahun Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit (JET) 2021 Pusingan Pertama bagi kumpulan B yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya hari ini selepas mengatasi lawan masing masing di pusingan kedua.

Kategori lelaki bawah 16 tahun, tiga wakil Pulau Pinang mengisi slot suku akhir; pilihan pertama, Eizarif Eznish Hairulnizam, Chew Zu Yenn, dan Tan Kean Wei selepas menewaskan lawan masing masing.

Eizarif menundukkan Ooi Yi Ping (Johor) straight set 21-18, 21-13 manakala Chew Zu Yenn mengatasi lawan dari Pahang, Loh Kim Sheng, 21-19, 20-22, 21-15 dan akan berdepan Tan Kean Wei yang menang ke atas Heng Zhi Hin (N Sembilan) 21-9, 21-13.

Acara bergu lelaki menyaksikan pilihan pertama Toh E Hern-Wee Yee Tern dari Johor meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir selepas menundukkan wakil Pulau Pinang, Nixon Ang Jia Shen-Yap Chung Chuen 21-13, 21-12.

“Dua tahun tanpa kejohanan pasti sukar kerana ianya tempoh yang lama. Bila ada kejohanan saya ada rasa sedikit takut untuk bermain.

“Diawal ada kesukaran kerana belum dapat sesuaikan diri dengan keadaan gelanggang tetapi semakin biasa selepas itu. Saya juga semakin yakin untuk cuba capai kemenangan di kejohanan ini,” kata Wee Yee Tern

Aksi wanita bawah 16 tahun, lima wakil Pulau Pinang mengisi slot suku akhir iaitu, pilihan pertama, Oo Shan Zi, Alysha Jeffery, Ng Hui Min, Tan Wei Xuen, dan Celine Ng.
Selain beraksi dalam acara perseorangan, Pulau Pinang turut meletakkan Celine Ng dan Shan Zi dalam acara bergu wanita dimana mereka melangkah ke perlawanan separuh akhir selepas menundukkan Ng Jin Yee-Yi Ning Yap straight set 21-8, 21-6.

“Saya ada banyak lakukan kesilapan walaupun perlawanan agak mudah kerana takut. Walaupun tiada kejohanan dua tahun lalu, saya tetap berlatih dengan gigih dan ikut arahan yang ditetapkan oleh jurulatih,”kata Celine Ng.

Bagi Oo Shan Zi kejohanan ini mengembalikan semula semangatnya selepas tidak beraksi namun berdepan kesukaran.

“Perlawanan yang agak sukar untuk saya kerana gugup ditambah pemain pemain lain juga lebih bersedia.

“Ketika digelanggang saya juga hadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan keadaan angin,”kata Oo Shan Zi.

Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2021 Pusingan pertama bagi kumpulan A, B dan C berlangsung dari 11 hingga 15 Mei dan terbahagi kepada tiga kumpulan.

Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C dimana kejohanan melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun lelaki dan wanita.

100PLUS, minuman isotonik nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

100PLUS juga merupakan penaja utama 100PLUS Jelajah Remaja Elit (Bawah12 Tahun, Bawah14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan Kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.

100PLUS, yang merupakan penaja perak pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, nyata amat sinonim dengan pembangunan dan sokongan terhadap sukan di negara ini.

Selain BAM, 100PLUS juga menyokong Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga pembangunan sukan di peringkat remaja menyokong Liga KPM.

- Advertisement -