Siri kejohanan ragbi dunia 7 sepasukan kian mendapat perhatian yang kuat dari kalangan peminat, media dan penaja di seluruh dunia.
Siri kejohanan ragbi dunia 7 sepasukan kian mendapat perhatian yang kuat dari kalangan peminat, media dan penaja di seluruh dunia.

World Cup HSBC Sevens Series Singapore logoSingapura yang menjadi negara destinasi ke-8 dalam siri Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan 2016 ini bakal menjadi medan pertembungan 16 pasukan seluruh dunia untuk merebut kejuaraan sekali gus persedian yang terbaik untuk layak ke Sukan Olimpik Rio 2016 nanti. Penganjuran ini yang bakal berlansung pada 16 & 17 April 2016 di Stadium Nasional Singapura yang telah dibaikpulih sepenuhnya memiliki kapasiti 55,000 penonton. Malah sebelum ini juga Stadium Nasional Singapura turut telah menganjurkan kejohanan ragbi World Club 10s pada 2014.

Pada April 2015, Singapura telah berjaya dipilih sebagai venue baru pertandingan Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan dengan kontrak selama 4 tahun melengkapkan 10 siri kejohanan ini yang turut berlansung di Sydney, Dubai, Cape Town, Wellington, Las Vegas, Hong Kong, London, Vancouver dan Paris. Siri kempen kejohanan 7 sepasukan ini yang berlansung selama 8 bulan disertai oleh 16 pasukan ragbi 7 sebelah terbaik di dunia akan berakhir sebelum temasya Olimpik Rio 2016 di mana sukan ini kembali mejadi acara sukan yang dipertandingkan.

World-Cup-HSBC-Sevens-Series-Singapore-PromoJepun yang layak secara wild-card menjadi pasukan tunggal dari benua Asia hadir ke siri kejohanan ini. Pasukan “Brave Blossoms” ini yang dibimbing oleh Tomohiro Segawa selaku jurulatih optimis untuk memberi cabaran kepada pasukan yang bertanding dengan sasaran tempat ke-4 teratas. Pasukan dari negara matahari terbit ini kian memperkukuhkan tangga kedudukkan dunia di tangga ke-17 setelah muncul juara dalam acara kelayakan Ragbi Asia 7 Sepasukan di Hong Kong pada November lepas.

“Susulan kejayaan pasukan 15 sebelah kami di Piala Dunia Ragbi, kini giliran kami untuk menyampai mesej kepada dunia bahawa kami mampu untuk bersaing dengan negara-negara kuasa besar ragbi. Kami akan bermain ragbi 7 sebelah ini dengan penuh kebanggaan, semua rakyat Jepun di luar sana boleh berbangga dengan kami” ujar Tomohiro Segawa dengan penuh semangat.

Pemain sayap, Yoshikazu Fujita yang dijangka akan menjadi tumpuan di dalam pasukan ini setelah beraksi di dalam kejohanan Piala Ragbi Dunia 2015 yang telah berlansung di England. Pada kejohanan Piala Ragbi Dunia lepas, Jepun telah berjaya mencuri tumpuan dunia dengan aksi mendebarkan menewaskan pasukan Afrika Selatan dengan kutipan mata 34 berbalas 32.

Stadium Nasional Singapura yang menjadi destinasi ke-8 dalam siri Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan 2016.
Stadium Nasional Singapura yang menjadi destinasi ke-8 dalam siri Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan 2016.

Selain itu peningkatan pasukan Amerika Syarikat juga dijangka tidak akan memberi laluan mudah kepada pencabar di mana berjaya menewaskan pasukan New Zeland selaku pencabar hebat dan mara ke suku akhir di kejohanan Dubai Sevens pada bulan lepas.

Bernard Lapasset, Pengerusi World Rugby berkata “Siri kejohanan ragbi dunia 7 sepasukan kian mendapat perhatian yang kuat dari kalangan peminat, media dan penaja di seluruh dunia. Singapura selaku tuan rumah yang turut menawarkan pakej destinasi perlancongan & perniagaan merupakan negara destinasi terbaik untuk kejohanan ini menjelang acara Sukan Olimpik Rio 2016 nanti.”

Brett Gosper, CEO World Rugby juga turut mengulas di mana Asia kini telah mendapat perhatian dalam perkembangan sukan ragbi dunia 7 sepasukan dan Singapura telah dipilih untuk menganjurkan siri Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan bagi tahun 2015 dan 2016. Berbekalkan pengalaman menganjurkan kejohanan besar dan kesungguhan yang telah diusahakan malah dengan fasiliti stadium baru yang hebat sudah pasti penganjuran ini akan menjadi satu sejarah di dalam sukan ini.

Semperna dengan kejohanan ini, pihak penganjur telah menawarkan tiket percuma bernilai RM 2152.00 kepada para peminat ragbi dari Malaysia dengan melengkapkan soalan mudah di – http://goo.gl/cocPK3

Maklumat terkini Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan Singapura 2016 boleh dilawati di – http://www.singapore7s.sg

Kalendar Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan 2015-2016

SIRI
VENUE
TARIKH
STADIUM
  1.   Dubai, Dubai   4-5 Disember 2015   The Sevens
  2.   South Africa, Cape Town   12-13 Disember 2015   Cape Town Stadium
  3.   New Zealand, Wellington   30-31 Januari 2016   Westpac Stadium
  4.   Australia, Sydney   06-07 Februari 2016   Allianz Stadium
  5.   United States, Las Vegas   04-06 Mac 2016   Sam Boyd Stadium
  6.   Canada, Vancouver   12-13 Mac 2016   BC Place
  7.   Hong Kong, Hong Kong   08-10 April 2016   Hong Kong Stadium
  8.   Singapore, Singapore   16-17 April 2016   National Stadium
  9.   France, Paris   14-15 May 2016   Stade Jean-Bouin
  10.   England, London   20-22 May 2016   Twickenham Stadium
- Advertisement -