motul_sepang-transformed_0

Oleh Ku Mohd Lufti

Perlumbaan Kereta Lasak 12 Jam Motul Sepang akan mempertandingkan 26 pasukan akan beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 11 dan 12 Disember depan.

Pengerusi SIC, Tan Sri Azman Yahya menjelaskan, perlumbaan lasak itu telah disenaraikan sebagai acara terakhir pada Siri Cabaran Intercontinental GT 2016.

“Kita menyaksikan peningkatan minat dan semangat bagi Perlumbaan GT di seluruh dunia, daripada 24 pasukan tahun lepas, ia meningkat kepada 26 pasukan pada tahun ini.

“Cabaran Intercontinental GT, yang pertama kali Siri GT3 diadakan, dijangka dapat memanfaatkan trendnya, dengan siri perlumbaan yang termasuk seperti kelas GT iaitu GT3, GTC, GT4,” kata Tan Sri Azman.

 Perlumbaan akan menyaksikan pengeluar kereta terbaik dunia seperti Audi, Bentley, McLaren dan Mercedes bakal bersaing untuk merangkul kejuaraan tersebut manakala pemandu pula akan bersaing untuk merangkul trofi  Pemandu Intercontinental.

Antara pasukan yang akan memberi saingan ialah pasukan dari Amerika Syarikat, K-PAX dengan jentera Mclaren 650s dan Porsche melalui dua kereta Porche 911 GT3R, manakala Audi akan diwakili Audi Sport Team Phoenix dan B-Quik Racing.

Perlumbaan kereta lasak 12 Jam Motul Sepang 2016, sebelum ini dikenali dengan perlumbaan Malaysia Merdeka Endurance dan perlumbaan Merdeka Millenium Endurance, (MME) adalah perlumbaan kereta 12 jam yang diadakan setiap tahun sejak tahun 2000.

- Advertisement -