Ahmad Fazli Sham celebrating his CP130 win during the Temerloh Cub PrixJuara Pusingan 1 di Temerloh, Ahmad Fazli Sham tidak berhasrat untuk mengundur diri dari dunia perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS selagi masih belum meraih gelaran ketiga dalam kelas perdana CP130 menjelang saingan pusingan kedua di Batu Kawan, Pulau Pinang minggu ini.

Juara CP130 /Expert pada tahun 2007 dan 2008 dari pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor itu berhasrat untuk menyamai rekod milik Ahmad Fuad Baharudin yang meraih tiga gelaran juara selepas meraih gelaran ketiga pada 2013 sebelum bergelar pengurus pasukan bermula musim 2014. 

“Kami kini berada pada tahap yang cukup kompetitif untuk memburu kemenangan namun saingan musim 2015 baharu saja bermula. Semuanya masih di peringkat awal dan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memburu gelaran ketiga dalam kelas perdana ini. Selagi belum tercapai, tidak terlintas di fikiran saya untuk bersara,” jelas Fazli Sham.

“Dua gelaran yang dimenangi sudah cukup membanggakan, namun jika memenangi tiga gelaran, saya dapat meletakkan nama saya di kedudukan yang lebih tinggi,” tambahnya.

Pelumba berusia 33 tahun itu memperaga aksi cemerlang dengan meraih gelaran juara pusingan lepas di Temerloh menewaskan Mohd Zamri Baba dan Norizman Islami sekalipun sekadar bermula dari barisan kedua berikutan aksi kurang konsisten pada sesi Superpole.

Kemenangan Fazli Sham banyak dibantu oleh strategi dan kemahirannya selain faktor kelajuan enjin yang menyaksikan Fazli Sham berupaya merapatkan kedudukan dengan barisan pelumba Honda yang menguasai kedudukan hadapan sebelum memintas dan melintasi garisan penamat dengan kelebihan 0.7s berbanding Zamri di kedudukan kedua.

“Jentera kami begitu menakjubkan sewaktu di Temerloh. Meskipun kami masih menggunakan jentera musim lepas, namun dari segi enjin, semuanya sudah diperbaharui dan diperkuatkan. Jurutera pasukan juga telah menemui formula terbaik untuk mendapatkan pelarasan yang sesuai unntuk digunakan,” katanya.

“Sasaran saya adalah untuk sekali lagi memenangi perlumbaan pada minggu ini, menambah pungutan mata sebanyak mungkin dan cuba menjarakkan diri dalam jumlah pungutan mata. Saingan masih panjang dan kita tidak tahu bagaimana prestasi pada perlumbaan akan datang. Jadi saya perlu menggunakan kelebihan dan peluang yang ada dengan sebaik mungkin.”

 

‘I WON’T RETIRE UNTIL I’VE WON MY THIRD CUB PRIX TITLE’ FAZLI SHAM

Seasoned contender, Ahmad Fazli Sham made clear he has no intention of retiring from the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship until he has secured his third CP130 title ahead of the Batu Kawan race this weekend.

The PETRONAS Yamaha Maju Motor rider’s ambition is to equal rider turned manager, Ahmad Fuad Baharudin’s three CP130 titles and after winning his first two CP130/Expert crowns in 2007 and 2008, Fazli Sham has endured a long drought while waiting for the third.

In that time the 33-year old has seen juniors, Hafizh Syahrin Abdullah, Norizman Ismail, Azlan Shah Kamaruzaman and Mohd Zaqhwan Zaidi come in and clinch titles.

“We are exactly where we need to be in terms of competitiveness, but this is only the beginning. There is a lot of work ahead of us but this has sparked hope for a third CP130 title. Until I lift the overall trophy again, I do not want to think about retiring,” said Fazli Sham.

“It is not that I’m not happy with two but the third puts you in a list of very important names,” he added.

In the opening round at Temerloh, Pahang last month, despite missing out on a front row start due to a poor qualifying run, Fazli Sham delivered an impressive pace to finish 0.7 seconds ahead of rivals, Mohd Zamri Baba and Norizman.

The key to his victory was partly great riding, partly superior race strategy but mainly because the team has finally discovered a fantastic engine setup, which allowed him to close the gap on the Hondas and Fazli Sham believes this advantage will help him return to the top.

“The bike was amazingly stable at Temerloh. We are still racing with the last year’s bikes but the engine has been completely revamped. Additionally, the team engineers have found the right formula for the suspension set-up,” he said.

“So my goal is to win at Batu Kawan, rack up as many points and build an early gap on the standings. We never know what’s going to happen in the future so while we have the upper-hand, I believe its best we capitalize on it,” concluded Fazli Sham.

- Advertisement -