australian.openOleh Ku Mohd Lufti

Empat wakil negara tersingkir di pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Australia hari ini.

Perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin mengetuai senarai selepas tewas kepada pemain Jepun, Sho Sasaki 21-12, 21-16 dalam masa 41 minit.

Begitu juga dengan perseorangan wanita, Tee Jing Yee apabila terpaksa akur tewas di tangan pilihan ke lapan dari Taiwan, Tai Tzu Ying 21-10, 21-19.

Wakil beregu juga turut menerima nasib yang sama, gandingan beregu campuran, Tan Kian Meng, Lai Pei Jing ternyata bukan tandingan pilihan keempat dari China, Liu Cheng, Bao Yixin.

Namun, Kian Meng dan Pie Jing tetap mampu memberi tentangan sengit, memaksa perlawanan berlajutan ke set penentuan sebelum tewas 9-21, 21-19, 11-21.

Begitu juga dengan pasangan beregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun, Woon Khe Wei yang turut bermain tiga set sebelum tumpas kepada pilihan ketiga dari China, Tan Yuanting, Yu Yang 18-21, 21-12, 17-21 dalam masa 54 minit.

- Advertisement -