Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan melantik Peter De Roo, sebagai Pengarah Teknikal FAM yang baru.

Bekas pemain antarabangsa Belanda berusia 48 tahun itu akan memulakan tugasnya secara rasmi bermula 1 September depan.

Kariernya sebagai pemain professional di Belanda selama 12 tahun bermula bersama sama kelab BV Veendamsebelum berhijrah ke SC Cambuur.

Selepas bersara daripada sukan bolasepak, beliau meneruskan karier dalam bidang kejurulatihan apabila dilantik sebagai Pengarah Teknikal Cambuur Leeuwarden.

Beliau kemudiannya berhijrah ke Australia dan dilantik sebagai Pengarah Teknikal Pusat Kecemerlangan Persatuan Bolasepak Australia, Institut Sukan Australia (FFA) dan pasukan kebangsaan Australia bawah 16 tahun dan 17 tahun pada 2012.

Peter De Roo juga memiliki lessen AFC Pro Diploma, lessen khas untuk melantik pemain muda elit daripada Persatuan Bolasepak Belanda berjaya membawa pasukan bawah 17 tahun Australia ke peringkat separuh akhir Kejohanan AFC pada 2014 di Thailand.

Kejayaan itu sekaligus membawa pasukannya ke Piala Dunia FIFA 2015 bawah 17 tahun di Chile dimana Peter Berjaya melangkah sehingga ke peringkat 16 pasukan terbaik ketika itu.

FAM sebelum ini melantik Fritz Schmid sebagai Pengarah Teknikal FAM pada 7 Mei 2014 dengan kontrak selama tiga tahun. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -