• Newcastle dilaporkan bersedia untuk membelanjakan £53 juta untuk membawa masuk penyerang antarabangsa Wales, Gareth Bale dari Real Madrid dan beraksi di St James Park.

 

  • Tottenham Hotspurs mendedahkan pemain muda Tanguy NDombele tidak akan ke mana mana kelab meskipun pemain berusia 23 tahun itu dikaitkan dengan Barcelona dan Liverpool dengan nilai £55 juta

 

  • Pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren hampir pasti menyertai AS Roma selepas pemain berusia 30 tahun itu gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Jurgen Klopp.

 

 

  • Hasrat Manchester United untuk mengekalkan Odion Oghalo tidak kesampaian apabila Shanghai Shenhua tidak merestui permintaan The Red Devils untuk menambah tempoh pinjaman pemain itu.

 

 

  • Jose Mourinho berhasrat untuk mendapatkan dua pemain pertahanan; Alex Sandro dari  Juventus dan pemain Atlanta, Timothy Castagne sekaligus menyarung jersi Spurs.

 

 

  • Gaji bintang Barcelona, Lionel Messi dan beberapa pemain kelab itu akan berdepan pemotongan sehingga 30%. Real Madrid juga akan menggunakan kaedah yang sama susulan pandemik Covid 19.

 

 

  • Chelsea yakin pemain muda Manchester United, Angel Gomes akan berhijrah ke Stamford Bridge

 

 

- Advertisement -