Perebutan kedudukan teratas bagi perseorangan lelaki di 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir semakin sengit kali ini melibatkan tiga pemain, Wyman Goh, Ong Ken Yon dan Justin Hoh yang berkongsi dua mata selepas tamat tiga perlawanan.

Kedudukan semasa perseorangan lelaki kini dipegang Wyman Goh selepas menundukkan pendahulu hari pertama, Ong Ken Yon dengan kemenangan straight set 21-11, 21-17.

“Corak serangan saya masih lemah dan pemain pemain remaja ini tampak bermain tanpa tekanan sebaliknya pemaion senior lebih tertekan.

“Kedudukan saya dalam kumpulan masih belum selamat dan perlu pastikan kemenangan pada perlawanan seterusnya jika mahu kekalkan kedudukan,”kata Wyman Goh.

Ken Yon dikedudukan kedua manakala Justin Hoh turun ke kedudukan ketiga selepas tewas kepada Jacky Kok Jing Hong straight set 21-10, 22-20.

Lee Shun Yang dan Ter Chun Long masing masing berkongsi 1 mata untuk berada di kedudukan kelima dan keenam.

Perebutan bagi saingan wanita juga tidak kurang hebat melibatkan Eoon Qi Xuan dan K Letshaana yang terus unggul di dua teratas perseorangan wanita.

Eoon Qi Xuan melakar kemenangan kedua berturut turut untuk mengumpul dua mata selepas menang ke atas Myisha Mohd Khairul straight set 21-12, 21-12 sekligus kekal selaku pendahulu.

Letshaana terus mengekori dibelakang turut berkongsi dua mata selepas mudah menundukkan Tan Zhing Yi 21-7, 21-13.

“Kekuatan kaki dan pergerakan badan masih perlu diperbaiki kerana saya rasa masih ada kekurangan,”kata Eoon Qi Xuan.

Qi Xuan dan Letshaana akan berentap esok bagi penentuan juara dan naib juara kumpulan.

“Saya harap boleh main dengan baik esok ketika menentang Eoon Qi Xuan. Kelebihan memihak kepada dia kerana kekuatannya lebih baik berbanding saya tetapi esok saya akan bermain dengan sehabis baik,”kata Letshaana.

Myisha dan Tan Zhing Yi pula mengisi kedudukan ketiga dan keempat.

Kejutan berlaku dalam acara bergu lelaki yang menyaksikan Muhd Haikal Nazri-Wan Muhd Arif Wan Junaidi bangkit daripada kekalahan untuk melakar kemenangan 15-21, 21-16, 21-19 ke atas bergui senior, Choong Hon Jian-Nur Firdaus Azman.

Selepas melakar satu kemenangan dan satu kekalahan, Arif dan Haikal menghuni tangga kedua, berkongsi 1 mata dengan Hon Jian dan Firdaus yang berada di kedudukan ketiga.

“Semalam kami tidak berikan yang terbaik tetapi hari ini kami lebih yakin dan fokus serta turun tanpa sebarang tekanan.

“Kami hanya mahu menikmati perlawanan dengan sebaik mungkin dan mahu buktikan kepada jurulatih kami mampu menewaskan pemain senior,” kata Wan Muhd Arif.

Haikal dan Arif perlu menang dalam aksi terakhir esok menentang rakan sepasukan, Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe untuk memastikan kedudukan kedua menjadi milik mereka.

Bergu wanita pula akan memperlihatkan penentuan bagi kedudukan juara dan naib juara kumpulan akan berlaku esok melibatkan Pearly Tan/Toh Ee Wei dan Yap Ling/Teoh Mei Xing.

 

Keputusan perlawanan

Perseorangan lelaki

Lee Shun Yang – Ter Chun Long (21-11, 21-6) 

Wyman Goh – Ong Ken Yon (21-11, 21-17) 

Jacky Kok Jing Hong – Justin Hoh (21-10, 22-20) 

Perseorangan Perempuan

Eoon Qi Xuan – Myisha Mohd Khairul (21-12, 21-12) 

K. Letshaana – Tan Zhing Yi (21-7, 21-13)  

Bergu Lelaki

Muhd Haikal Nazri /Wan Muhd Arif Wan Junaidi- Choong Hon Jian/Nur Firdaus Azman (15-21, 21-16, 21-19)
Lwi Sheng Hao/Yap Roy King – Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe (21-7, 21-19)

Bergu Perempuan

Pearly Tan/Toh Ee Wei – Cheng Su Yin/Goh Pei Kee (walked over)
Teoh Mei Xing/Yap Ling – Low Yeen Yuan/Valeree Siow (21-10 21-17)

- Advertisement -